MALAYSIA

SPRM reman ASP disyaki minta, terima rasuah RM27,000

Dewi Nur Harasha Alias 13/01/2026 | 06:51 MYT
ASP polis (dua, kiri) direman SPRM atas tuduhan menerima suapan RM27,000 daripada pemilik syarikat pusat hiburan, urut, dan judi haram sebagai imbalan untuk tidak ambil tindakan undang-undang terhadap mereka.
GEORGE TOWN: Seorang anggota polis berpangkat Asisten Superintenden (ASP) direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta dan menerima suapan kira-kira RM27,000.


Ringkasan AI
  • Seorang ASP polis direman SPRM atas tuduhan menerima suapan RM27,000 daripada pemilik syarikat pusat hiburan, urut, dan judi haram sebagai imbalan untuk tidak ambil tindakan undang-undang terhadap mereka.
  • Suspek yang berusia lingkungan 50-an ditahan semalam di pejabat SPRM Pulau Pinang selepas siasatan awal menunjukkan menerima rasuah RM500 hingga RM2,000 sebulan antara tahun 2016 hingga 2021.
  • Pengarah SPRM Pulau Pinang mengesahkan kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009; suspek reman selama empat hari sehingga 16 Januari 2026 selepas perintah reman dikeluarkan di Mahkamah Majistret Georgetown.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Suapan itu dipercayai sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan terhadap dua pemilik syarikat yang menjalankan aktiviti pusat hiburan, pusat urut dan judi haram.

Perintah reman selama empat hari sehingga 16 Januari 2026 terhadap suspek dikeluarkan oleh Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Georgetown, pagi tadi.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 50-an ditahan kira-kira jam 10.40 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Pulau Pinang.

“Siasatan awal mempercayai suspek melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2016 hingga 2021 dengan menerima rasuah antara RM500 hingga RM2,000 setiap bulan.

“Suspek disyaki menerima wang rasuah melalui transaksi pemindahan wang secara dalam talian ke akaun pihak ketiga daripada pemilik syarikat pinjaman wang berlesen dan pemilik syarikat perkhidmatan kesihatan manusia,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Karunanithy Y. Subbiah ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.



Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Mengapakah seorang anggota polis berpangkat Asisten Superintenden (ASP) direman oleh SPRM?
    A: Suspek disyaki meminta dan menerima suapan kira-kira RM27,000 daripada pemilik syarikat pusat hiburan, pusat urut, dan judi haram.
  • Q: Berapakah tempoh reman yang diberikan kepada suspek berkenaan?
    A: Suspek diberi reman selama empat hari sehingga 16 Januari 2026 oleh Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi selepas permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Georgetown.
  • Q: Bagaimanakah suspek disyaki menerima wang rasuah?
    A: Suspek disyaki menerima wang rasuah antara RM500 hingga RM2,000 setiap bulan melalui transaksi pemindahan wang secara dalam talian ke akaun pihak ketiga daripada pemilik syarikat pinjaman wang berlesen dan pemilik syarikat perkhidmatan kesihatan manusia.



#SPRM #Rasuah #ASP polis #Mahkamah Majistret