MALAYSIA

SPRM reman bekas eksekutif bank disyaki terbabit rasuah

Bernama 19/01/2026 | 06:01 MYT
SPRM Kedah menahan bekas eksekutif bank kerana disyaki menerima wang rasuah kira-kira RM7,000 bagi bantuan mendapatkan pembiayaan pembelian dron. -Gambar fail
ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan reman seorang bekas eksekutif bank kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah kira-kira RM7,000, dua tahun lepas.


Ringkasan AI
  • SPRM Kedah menahan bekas eksekutif bank kerana disyaki menerima wang rasuah kira-kira RM7,000 bagi bantuan mendapatkan pembiayaan pembelian dron.
  • Suspek lelaki berusia lingkungan 50-an ditahan semalam dan disyaki menerima rasuah melalui transaksi pemindahan wang dalam talian ke akaun peribadinya.
  • Perintah reman lima hari telah dikeluarkan terhadap suspek sehingga 23 Januari berdasarkan Akta SPRM 2009.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Menurut sumber SPRM, suspek dipercayai meminta suapan tersebut sebagai balasan membantu mendapatkan pembiayaan pembelian dron kepada pemohon skim pembelian tersebut.

Sumber itu berkata suspek lelaki berusia lingkungan 50-an ditahan pada kira-kira 4 petang semalam, ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kedah.

"Siasatan awal mempercayai suspek melakukan perbuatan tersebut pada 2024. Suspek disyaki menerima rasuah melalui transaksi pemindahan wang dalam talian ke akaun peribadinya, dengan menerima rasuah antara RM1,000 hingga RM2,300 bagi setiap permohonan," kata sumber itu.

Perintah reman selama lima hari sehingga 23 Jan ini terhadap suspek dikeluarkan Majistret Nur Syifa Mohd Hamzah, selepas permohonan dibuat oleh SPRM di Mahkamah Majistret di sini, pagi tadi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah Datuk Nazli Rasyid Sulong ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Sekyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

-- BERNAMA



Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Mengapa bekas eksekutif bank tersebut ditahan oleh SPRM Kedah?
    A: Bekas eksekutif bank itu disyaki ditahan kerana dipercayai menerima wang rasuah sebanyak RM7,000 bagi membantu memperoleh pembiayaan pembelian dron.
  • Q: Apa tindakan yang diambil terhadap suspek berusia lingkungan 50-an itu setelah ditahan?
    A: Suspek disyaki menerima rasuah melalui transaksi pemindahan wang dalam talian ke akaun peribadinya dengan jumlah antara RM1,000 hingga RM2,300 bagi setiap permohonan.
  • Q: Berapa tempoh reman yang dikeluarkan terhadap suspek oleh Majistret Nur Syifa Mohd Hamzah?
    A: Suspek dikenakan perintah reman selama lima hari sehingga 23 Januari berdasarkan permohonan SPRM di Mahkamah Majistret.



#SPRM #Mahkamah Majistret #Rasuah #pembiayaan pembelian dron #bekas eksekutif bank