Skip to main content

Malaysia

SPRM reman dua tenaga pengajar badan berkanun disyaki terima rasuah

sprm
Perintah reman selama empat hari sehingga 8 Mei itu dikeluarkan Majistret Iffah Nabihah Mohd Ishak selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pagi tadi. - Gambar hiasan
Advertisement: No Ad Tag found
Advertisement: No Ad Tag found

KUALA TERENGGANU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu menahan reman dua tenaga pengajar sebuah badan berkanun negeri ini kerana disyaki meminta serta menerima rasuah kira-kira RM30,000 sebagai balasan mengeluarkan sijil lulus kelayakan kompetensi.

Perintah reman selama empat hari sehingga 8 Mei itu dikeluarkan Majistret Iffah Nabihah Mohd Ishak selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pagi tadi.

Advertisement

Advertisement: No Ad Tag found

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 20-an dan 40-an itu ditahan kira-kira jam 12 tengah hari semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Terengganu.

"Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2025 dan wang rasuah yang diminta adalah sebagai balasan memberikan ‘kelulusan segera’ sijil kompetensi kepada setiap peserta kursus.

"Kedua-dua suspek dipercayai telah menerima antara RM900 hingga RM1,500 bagi kira-kira 31 orang peserta dan wang rasuah diperoleh melalui transaksi pemindahan wang ke akaun bank peribadi milik masing-masing,” katanya.

Menurut sumber, SPRM kini sedang meneliti sama ada penipuan sijil kompetensi tersebut berlaku dalam skala lebih besar dan tidak menolak kemungkinan untuk melakukan semakan terhadap setiap sijil yang telah dikeluarkan oleh agensi berkaitan untuk mengenal pasti kesahihan sijil berkenaan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009. 

Beliau juga tidak menolak kemungkinan beberapa siri tangkapan susulan akan dibuat bagi membantu siasatan.

-- BERNAMA

 

 

 

 

Must Watch Video