awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM reman ketua balai bomba di Perlis berhubung tuntutan palsu

Bernama
Bernama
11/02/2025
07:00 MYT
SPRM reman ketua balai bomba di Perlis berhubung tuntutan palsu
Perintah reman terhadap lelaki berumur 49 tahun itu dikeluarkan Majistret Nurshahida Abdul Rahim di Mahkamah Majistret Kangar selepas permohonan dibuat SPRM Perlis hari ini.
KANGAR: Seorang ketua balai bomba di Perlis direman enam hari bermula hari ini untuk membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu berkaitan kehadiran kerja anggota bantuan di balai berjumlah kira-kira RM30,000 antara November 2023 hingga Februari 2024.
Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan perintah reman terhadap lelaki berumur 49 tahun itu dikeluarkan Majistret Nurshahida Abdul Rahim di Mahkamah Majistret Kangar selepas permohonan dibuat SPRM Perlis hari ini.
"Lelaki terbabit ditahan pada 4.20 petang semalam semasa memberi keterangan di Pejabat SPRM Perlis," menurut sumber.
Sumber berkata lelaki itu dipercayai menyalahgunakan kuasa dengan mengarahkan 15 anggota bantuan membuat tuntutan elaun kehadiran kerja walaupun tidak hadir bertugas sebelum bayaran itu diberikan kepadanya untuk kegunaan peribadi.
"Ketua balai ini dipercayai akan mengesahkan dan menandatangani tuntutan itu sedangkan tahu ada hari terlibat mereka tidak hadir bekerja. Elaun anggota bantuan yang datang bertugas ialah RM96 sehari," katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis Mohd Nor Adha Ab Gani ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ketua balai
#JBPM
#tuntutan palsu
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan