NATIONAL
SPRM reman lelaki disyaki terlibat kes rasuah pemeriksaan kenderaan berat di Puspakom

Lelaki yang disyaki terlibat kes rasuah pemeriksaan kenderaan berat di Puspakom dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini. -Bernama
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes rasuah berkaitan pemeriksaan kenderaan berat di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom), di sini pagi ini.
Ringkasan AI
- SPRM telah menahan reman seorang lelaki berumur 40-an yang disyaki terlibat dalam kes rasuah berkaitan pemeriksaan kenderaan berat di Puspakom. Suspek direman hingga Jumaat ini.
- Suspek ditahan hasil kolaborasi strategik antara SPRM dan JPJ. Lelaki itu diserahkan oleh JPJ kepada SPRM dan ditahan selepas dirakam keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.
- Siasatan awal mendapati suspek membuat bayaran ratusan ringgit bagi setiap kenderaan yang diperiksa di Puspakom sebagai balasan untuk meluluskan pemeriksaan tersebut. Kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 16(b)(A) Akta SPRM 2009.
SPRM dalam kenyataan memaklumkan suspek ditahan petang semalam hasil kolaborasi strategik antara suruhanjaya itu dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
SPRM berkata lelaki itu diserahkan oleh JPJ kepada SPRM petang semalam dan ditahan selepas dirakam keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.
Kenyataan itu memberitahu siasatan awal mendapati suspek membuat bayaran berjumlah ratusan ringgit bagi setiap kenderaan yang diperiksa di Puspakom, sebagai balasan bagi meluluskan pemeriksaan berkenaan.
Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 16(b)(A) Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami