awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM sahkan seorang pegawai ditahan polis terlibat kes jenayah

Astro Awani
Astro Awani
12/12/2021
02:25 MYT
SPRM sahkan seorang pegawai ditahan polis terlibat kes jenayah
SPRM telah memberi kerjasama penuh kepada polis untuk mengesan pegawai terbabit dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa lewat petang semalam.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan seorang pegawainya ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung satu kejadian jenayah yang berlaku baru-baru ini.
Sehubungan itu, SPRM telah memberi kerjasama penuh kepada pihak polis untuk mengesan pegawai terbabit dan menyerahkannya kepada agensi penguat kuasa itu lewat petang semalam.
"SPRM tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana pegawai yang terlibat dengan sebarang perlakuan jenayah.
"Tindakan tegas termasuk pertuduhan di mahkamah dan tindakan tatatertib dengan hukuman buang kerja akan dikenakan jika terlibat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada Sabtu, media tempatan melaporkan dua individu termasuk seorang pegawai sebuah agensi penguat kuasa ditahan polis selepas disyaki terbabit kes rompakan berkumpulan di sebuah rumah di Jalan Ampang di sini, membabitkan kerugian hampir RM1 juta.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari Jumaat, tiga lelaki memperkenalkan diri sebagai pegawai penguat kuasa sebuah agensi penguat kuasa memecah masuk rumah seorang ahli perniagaan berusia 50-an.
Polis menjalankan siasatan dan berjaya menahan dua lelaki termasuk seorang pegawai penguat kuasa, masing-masing berusia 30-an.
AWANI Ringkas: SPRM sahkan pegawainya ditahan
Topic Berkaitan
#SPRM
#jenayah
#rompakan berkumpulan
#pegawai SPRM ditahan polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan