awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemboja minta Perancis serah bukti sejarah bantu selesai pertikaian sempadan dengan Thailand
FEM 2026: Pendidikan instrumen penyetara kemajuan inklusif - PM
Kebakaran hutan Taman Botani: Pemantauan diteruskan elak kejadian berulang - Bomba
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM sahkan tiada penyelewengan, rasuah dikesan dalam projek NTC setakat ini

Astro Awani
Astro Awani
29/04/2024
07:42 MYT
SPRM sahkan tiada penyelewengan, rasuah dikesan dalam projek NTC setakat ini
Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya mengesahkan siasatan menyeluruh dilaksanakan berhubung perkara terbabit.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan tidak menemui sebarang penyelewengan serta unsur rasuah setakat ini berhubung cadangan projek pembinaan National Training Center (NTC) di Putrajaya yang dianggar bernilai RM25 juta.
Sumber berkata, SPRM sudah merakamkan keterangan 14 saksi dan membuat pemeriksaan ke atas 10 premis yang berkaitan dengan dakwaan membabitkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
"Hasil siasatan ke atas projek pembinaan NTC, SPRM mendapati peruntukan yang dikeluarkan itu adalah dari sumber FIFA," katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.
Sumber menambah, tujuh kontraktor telah dipanggil untuk menyertai tender terbabit dengan tiga daripada syarikat itu disenarai pendek berdasarkan keupayaan dan tawaran yang ditetapkan dan mengikut spesifikasi FIFA.
Menurutnya, ketiga-tiga syarikat telah dikemukakan kepada FIFA yang bermesyuarat pada 8 April 2024 dan telah melantik sebuah syarikat untuk melaksanakannya.
"Status semasa adalah penyediaan dokumen perjanjian kontrak oleh FAM hasil daripada keputusan pemilihan yang dibuat sendiri oleh FIFA," katanya.
Beliau berkata, siasatan kes FAM hampir siap dan akan dikemukakan kepada Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM untuk kajian dan keputusan.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, ketika dihubungi mengesahkan siasatan menyeluruh dilaksanakan berhubung perkara terbabit.
Katanya, siasatan akan memfokus kepada su kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 seperti yang dimaklumkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki sebelum ini.
"Namun kita menyerahkan kepada Bahagian Pendakwaan untuk sebarang keputusan lanjut," katanya.
Sebelum ini, tersebar surat layang membabitkan FAM berhubung projek pembinaan NTC terbabit.
Difahamkan, surat layang itu menggesa SPRM menyiasat bagaimana proses tender dijalankan di FAM dan mendedahkan siapa individu yang terbabit.
Topic Berkaitan
#Persatuan Bola Sepak Malaysia
#FIFA
#FAM
#NTC
#SPRM
#Ahmad Khusairi Yahaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan