NATIONAL
SPRM serah kepada polis kesan Pamela Ling yang dipercayai diculik
SPRM menyerahkan sepenuhnya kepada polis bagi mengesan Pamela Ling Yueh, yang dipercayai diculik 9 April lalu. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerahkan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengesan Pamela Ling Yueh, yang dipercayai diculik ketika dalam perjalanan ke ibu pejabat itu suruhanjaya di Putrajaya pada 9 April lalu.
Ringkasan AI
SPRM mengesahkan wanita berusia 42 tahun itu diminta hadir pada tarikh berkenaan bagi membantu siasatan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) serta Akta SPRM.
Bagaimanapun, menurutnya, wanita berkenaan gagal hadir dan cubaan pegawai SPRM untuk menghubunginya juga tidak berjaya.
"Satu laporan polis dibuat oleh peguam bela Pamela dan SPRM menyerahkan sepenuhnya usaha mengesan wanita terbabit kepada PDRM," katanya dalam kenyataan di sini, pada Ahad.
Sehubungan itu, SPRM menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih, selain memberi ruang kepada pihak polis menjalankan siasatan.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa sebelum ini memaklumkan polis sudah merakam keterangan daripada 12 individu termasuk ahli keluarga, pegawai SPRM dan peguam mangsa bagi membantu siasatan.
Namun setakat ini, belum ada sebarang petunjuk atau perkembangan mengenai lokasi keberadaan wanita tersebut.
Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa sempat menghantar mesej kepada peguamnya memaklumkan bahawa dia sedang dalam perjalanan ke pejabat SPRM menggunakan perkhidmatan e-hailing dan dijangka tiba pada pukul 2.08 petang.
Grab Malaysia turut mengesahkan bahawa perjalanan tersebut ditandakan sebagai selesai, namun tiada maklumat lanjut yang diperoleh selepas itu.
Ringkasan AI
- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerahkan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengesan Pamela Ling Yueh, yang dipercayai diculik ketika dalam perjalanan ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada 9 April lalu.
- Pamela Ling Yueh diminta hadir untuk membantu siasatan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Akta SPRM, tetapi gagal hadir. SPRM telah membuat laporan polis dan menyerahkan usaha mengesan wanita tersebut kepada PDRM.
- SPRM menasihati orang ramai agar tidak membuat spekulasi dan memberi ruang kepada pihak polis menjalankan siasatan. Ketua Polis Kuala Lumpur memaklumkan bahawa polis telah merakam keterangan daripada 12 individu, namun belum ada petunjuk mengenai lokasi keberadaan wanita tersebut.