awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM serbu tiga lokasi melibatkan seorang ahli MT UMNO

Bernama
Bernama
23/05/2018
03:57 MYT
SPRM serbu tiga lokasi melibatkan seorang ahli MT UMNO
SPRM dikatakan turut menyita sejumlah wang tunai di salah satu lokasi pemeriksaan. - Gambar hiasan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuat serbuan serentak di tiga lokasi berbeza yang melibatkan salah seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO, semalam.
Menurut sumber SPRM, serbuan yang bermula 12.30 tengah hari itu dilakukan bagi membantu siasatan berhubung lantikan kontraktor melibatkan projek seliaan Tabung Haji.
"Serbuan dilakukan di kediaman beliau di Subang, Selangor dan Baling, Kedah. Selain itu, SPRM turut membuat pemeriksaan di salah sebuah pejabat di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Kata sumber itu lagi, SPRM turut menyita sejumlah wang tunai di salah satu lokasi pemeriksaan.
Beliau berkata, siasatan dibuat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 kerana menerima suapan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ahli MT
#majlis tertinggi
#Rasuah
#siasatan
#SPRM
#suapan
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
#Tabung Haji
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan