MALAYSIA
SPRM siasat firma guaman antarabangsa disyaki ada kaitan kes 1MDB
SPRM kini berusaha mendapatkan maklumat tambahan berhubung beberapa individu lain yang berada dalam radar siasatan bagi tujuan proses pemulihan aset kepada negara.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempertingkatkan siasatan terhadap sebuah firma guaman antarabangsa berhubung dakwaan penglibatan dalam transaksi kewangan yang disyaki berkaitan dengan hasil daripada aktiviti haram melibatkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Menurut sumber SPRM, firma guaman terbabit dipercayai terlibat dalam penyelewengan sejumlah AS$1 bilion melibatkan dana 1MDB, termasuk pengalihan kira-kira AS$700 juta kepada sebuah entiti luar pesisir yang berada di luar kawalan 1MDB.
"Sehubungan itu, SPRM juga sedang menjalankan siasatan dan mendapatkan maklumat tambahan terhadap bekas Pengarah Eksekutif Pembangunan Perniagaan 1MDB yang dipercayai mempunyai kaitan dengan dana yang disyaki telah diselewengkan berhubung kes 1MDB.
"Siasatan ini dimulakan berdasarkan maklumat serta risikan yang diterima hasil perjumpaan dan perbincangan dengan beberapa negara yang melibatkan aspek transaksi kewangan rentas sempadan serta peranan pihak-pihak profesional dalam urusan berkaitan 1MDB," menurut sumber itu.
Sumber itu turut memaklumkan SPRM kini berusaha mendapatkan maklumat tambahan berhubung beberapa individu lain yang berada dalam radar siasatan bagi tujuan proses pemulihan aset kepada negara.
-- BERNAMA