awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Samsung perkenal modul memori SOCAMM2 LPDDR5X untuk pelayan AI
AstroBIZ: Astro BizOne hidupkan kebersamaan di Botani Kitchen
Lima Kluster Strategik perkukuh Reformasi Kesihatan MADANI - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tahan 2 individu menyamar pegawai kastam minta rasuah RM3,000

Bernama
Bernama
04/04/2023
09:46 MYT
SPRM tahan 2 individu menyamar pegawai kastam minta rasuah RM3,000
Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan dua individu termasuk seorang pembantu penguat kuasa kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM3,000 daripada seorang pemilik kedai runcit pada 2020.
Sumber berkata suspek pertama yang memperkenalkan diri sebagai pegawai kastam bersama suspek kedua dipercayai meminta rasuah sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik kedai runcit terbabit di bawah Akta Kastam 1967 kerana memiliki dan menjual rokok seludup.
Katanya kedua-dua suspek lelaki yang berusia lingkungan 30-an ditahan pada kira-kira 2 petang ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM cawangan Kuala Selangor.
Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.
Beliau berkata kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Selangor esok pada 8.30 pagi untuk permohonan reman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#kes rasuah
#penjawat awam
#rokok seludup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan