awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tahan bapa, anak, disyaki guna dokumen palsu bekal minyak masak

Bernama
Bernama
27/02/2024
08:10 MYT
SPRM tahan bapa, anak, disyaki guna dokumen palsu bekal minyak masak
Pengarah SPRM Kedah Ahmad Nizam Ismail mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. - Gambar hiasan
ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan dua lelaki selepas disyaki menggunakan dokumen palsu bagi tujuan pembekalan minyak masak, empat tahun lepas.
Sumber SPRM memberitahu suspek merupakan bapa dan anak bapa berusia 50-an dan 20-an dan mereka ditahan 7.30 malam semalam dan 10 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kedah di sini.
Menurut sumber, suspek disyaki menggunakan dokumen tuntutan bayaran yang mengandungi butir matan palsu bagi tujuan pembekalan minyak masak di sekitar Kedah, Perlis dan Pulau Pinang, sedangkan bekalan tersebut tidak dilaksanakan.
"Kedua beranak ini disyaki menggunakan lesen syarikat tempat mereka bekerja untuk membuat tuntutan palsu subsidi minyak masak peket satu kilogram dari sebuah kementerian di antara Jun dan Julai 2020.
"Tuntutan tersebut mengandungi butir matan palsu bagi tujuan pembekalan minyak masak kepada premis peruncit dan pemborong di sekitar Kedah, Perlis dan Pulau Pinang," katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah Ahmad Nizam Ismail mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Beliau berkata bagaimanapun kedua-dua suspek telah dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas keterangan direkodkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#minyak masak
#dokumen palsu
#Kedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan