MALAYSIA
SPRM tahan bekas pekerja badan berkanun terlibat sindiket seleweng dana zakat
Wanita berusia lingkungan 30-an itu ditahan pada 4.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas pekerja sebuah badan berkanun kerana disyaki terbabit dalam sindiket penyelewengan peruntukan wang zakat berjumlah kira-kira RM120,000 melibatkan 28 pemohon tidak layak.
Ringkasan AI
Menurut sumber, wanita berusia lingkungan 30-an itu ditahan pada 4.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kuala Lumpur.
"Siasatan awal mendapati suspek dipercayai meminta dan menerima wang rasuah kira-kira RM2,500 serta melakukan perbuatan itu pada Mac lepas," katanya.
Majistret Farah Nabihah Muhammad Dan membenarkan perintah reman selama empat hari terhadap wanita berkenaan hingga 22 Okt ini selepas permohonan dibuat SPRM di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, pagi tadi.
Pengarah SPRM Kuala Lumpur Mohamad Zakkuan Talib ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
Ringkasan AI
- SPRM Kuala Lumpur menahan seorang bekas pekerja wanita sebuah badan berkanun pada 18 Oktober kerana disyaki terbabit dalam sindiket penyelewengan wang zakat berjumlah kira-kira RM120,000 melibatkan 28 pemohon tidak layak.
- Suspek berusia lingkungan 30-an dipercayai meminta dan menerima rasuah sekitar RM2,500 pada Mac lalu; dia direman empat hari sehingga 22 Oktober bagi membantu siasatan.
- Pengarah SPRM Kuala Lumpur mengesahkan penahanan dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.