awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
Krisis politik Perlis: Wujud dalang, perlukan 'lampu ajaib' pastikan situasi tidak berjangkit - Penganalisis
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tahan bekas pengarah yayasan milik kerajaan negeri Perlis

Astro Awani
Astro Awani
11/01/2019
09:14 MYT
SPRM tahan bekas pengarah yayasan milik kerajaan negeri Perlis
SPRM akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek di Mahkamah Majistret Kangar pada Sabtu - Gambar fail
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas pengarah sebuah yayasan milik Kerajaan Negeri Perlis bergelar Datuk bagi membantu siasatan berkaitan kes menerima suapan dan salah guna kuasa berhubung pembelian dua lot tanah yang dianggarkan bernilai lebih RM1.8 juta pada tahun 2014 dan 2015.
Menurut sumber, lelaki yang berusia 61 tahun itu ditahan pada pukul 3.13 petang di Pejabat SPRM Negeri Perlis selepas hadir memberi keterangan.
Jelas sumber, siasatan awal mendapati bekas pengarah tersebut telah menggunakan jawatan dan kedudukannya pada ketika itu bagi pembelian dua lot tanah di Mukim Kurong Anai, Perlis yang dianggarkan bernilai lebih RM1.8 juta tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarah yayasan milik Kerajaan Negeri Perlis.
Tambah sumber, SPRM akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek di Mahkamah Majistret Kangar pada Sabtu.
Kata sumber lagi, SPRM sedang mengesan beberapa lagi individu bagi membantu siasatan kes yang sama. Suspek disiasat mengikut Seksyen 17 dan Sekyen 23 Akta SPRM 2009.
Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Perlis, Mohd. Shukor Mahmud ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu namun tidak mengulas lanjut berhubung kes berkenaan.
Topic Berkaitan
#Akta SPRM 2009
#Kerajaan Negeri Perlis
#Mahkamah Majistret
#SPRM
#SPRM Perlis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan