awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia intai kerjasama dengan Malaysia dalam pembangunan semikonduktor generasi baharu
Cuci, jual semula lebihan makanan: Restoran diarah tutup 14 hari - JKNNS
Kerajaan Persekutuan, Sarawak setuju nilai RM1.8 bilion ambil alih Pelabuhan Bintulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tahan bekas pengurus kanan disyaki bersubahat tuntutan palsu RM2 juta

Bernama
Bernama
13/11/2024
12:53 MYT
SPRM tahan bekas pengurus kanan disyaki bersubahat tuntutan palsu RM2 juta
SPRM memaklumkan lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira 6 petang ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya. - Foto hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas pengurus kanan kejuruteraan sebuah syarikat pengeluaran barang keperluan asas kerana disyaki bersubahat dalam tuntutan palsu dan penipuan bernilai kira-kira RM2 juta, semalam.
SPRM menerusi kenyataan memaklumkan lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira 6 petang ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.
"Suspek disyaki terlibat dan bersubahat untuk memohon serta meluluskan tuntutan palsu syarikat kenalan bagi menjalankan kerja-kerja pembaikan serta menyeleweng wang syarikat dengan memberikan maklumat dalaman kepada syarikat kenalan tersebut mengenai harga pembida syarikat lain.
"Suspek juga dipercayai telah menipu syarikat tempat dia bekerja dengan menyalurkan maklumat mengenai keperluan perolehan kerja-kerja pembaikan mesin pengeluaran barangan asas yang melibatkan jumlah kira-kira RM2 juta," menurut kenyataan itu, hari ini.
Kenyataan itu menyebut siasatan awal mendapati suspek melakukan kesalahan tersebut pada 2019 sehingga tahun ini dan dia kini direman empat hari selepas Majistret Izra Zulaikha Rohanuddin membenarkan permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan dan berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#bekas pengurus kanan
#reman
#tuntutan palsu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan