awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tahan empat lagi individu disyaki terbabit kes rasuah pinjaman peribadi

Bernama
Bernama
18/01/2025
13:54 MYT
SPRM tahan empat lagi individu disyaki terbabit kes rasuah pinjaman peribadi
SPRM menahan empat lagi individu kerana disyaki menerima rasuah sebagai balasan membantu memproses dan meluluskan permohonan pinjaman peribadi yang dikemukakan sebuah syarikat perunding kewangan. - Foto ihsan SPRM
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat lagi individu kerana disyaki menerima rasuah sebagai balasan membantu memproses dan meluluskan permohonan pinjaman peribadi yang dikemukakan sebuah syarikat perunding kewangan.
Menurut sumber, dua pegawai dan dua bekas pegawai institusi perbankan berusia lingkungan 20 hingga 30-an itu ditahan pada jam 4 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.
Perintah reman selama lima hari sehingga 22 Jan ini terhadap dua suspek lelaki dan dua wanita itu dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.
"SPRM telah menerima beberapa aduan dan maklumat berkaitan kegiatan rasuah yang dilakukan oleh pegawai-pegawai institusi perbankan yang telah membantu memproses serta meluluskan permohonan pinjaman peribadi pelanggan melalui sebuah syarikat perunding kewangan.
"Pegawai-pegawai institusi perbankan ini dipercayai menerima rasuah daripada syarikat perunding kewangan yang bertindak menyediakan dokumen dipercayai mengandungi maklumat palsu pelanggan yang ingin membuat pinjaman peribadi," katanya.
Dalam pada itu, mahkamah yang sama, Majistret Irza Zulaikha juga membenarkan permohonan sambung reman selama empat hari sehingga Selasa depan terhadap lima lelaki yang sebelum ini ditahan SPRM pada Selasa lepas.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap empat suspek berkenaan dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16(b)(A) Akta SPRM 2009.
Beliau berkata tujuh lagi individu yang sebelum ini telah ditahan reman pada Rabu telah dibebaskan dengan jaminan SPRM.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#kes rasuah
#pinjaman peribadi
#Azam Baki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan