awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah ceroboh tanah persendirian
Gangguan besar dilaporkan oleh pengguna X - NetBlocks
Sekatan ke luar negara hanya kepada peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tahan enam termasuk lima pegawai agensi keselamatan terlibat tuntutan palsu

Bernama
Bernama
27/07/2023
10:47 MYT
SPRM tahan enam termasuk lima pegawai agensi keselamatan terlibat tuntutan palsu
Lima daripada suspek direman tujuh hari bermula hari ini, manakala seorang lagi suspek dilepaskan dengan jaminan SPRM akibat masalah kesihatan. - Foto SPRM
KUALA LUMPUR: Enam individu termasuk lima pegawai agensi keselamatan negara ditahan kerana disyaki terlibat dalam tuntutan palsu dan rasuah membabitkan pembekalan peralatan senjata berjumlah lebih RM550,000.
Kelima-lima suspek dan seorang pengurus syarikat ditahan 10 malam tadi di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur.
"Kesemua suspek berusia lingkungan 30-an hingga 40-an, disyaki terlibat dalam tuntutan palsu yang dilakukan pada tahun lepas sedangkan kerja-kerja berkenaan tidak dibekalkan," menurut sumber.
Menurut sumber lima daripada suspek direman tujuh hari bermula hari ini, manakala seorang lagi suspek dilepaskan dengan jaminan SPRM akibat masalah kesihatan.
Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur Mohamad Fauzi Husin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#tuntutan palsu
#agensi keselamatan
#Rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan