awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tahan lapan individu disyaki terlibat rasuah luluskan pemeriksaan kenderaan berat

Bernama
Bernama
07/01/2025
09:33 MYT
SPRM tahan lapan individu disyaki terlibat rasuah luluskan pemeriksaan kenderaan berat
SPRM menahan lapan individu, termasuk enam pegawai pemeriksa kenderaan, kerana disyaki terlibat dalam sindiket meluluskan pemeriksaan kenderaan berat di sebuah pusat pemeriksaan kenderaan di sekitar ibu negara. -Gambar fail/Reuters
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lapan individu termasuk enam pegawai pemeriksa kenderaan kerana disyaki terlibat sindiket meluluskan pemeriksaan kenderaan berat di sebuah pusat pemeriksaan kenderaan di sekitar ibu negara, semalam.

Ringkasan AI
  • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lapan individu, termasuk enam pegawai pemeriksa kenderaan, kerana disyaki terlibat dalam sindiket meluluskan pemeriksaan kenderaan berat di sebuah pusat pemeriksaan kenderaan di sekitar ibu negara.
  • Keenam-enam pegawai pemeriksa kenderaan telah dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas diambil keterangan, manakala dua lagi individu direman lima hari hingga 11 Januari.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 16 (b) (A) Akta SPRM 2009, dan setakat ini SPRM telah menahan sembilan individu dengan kemungkinan beberapa tangkapan susulan.

Menurut sumber, kesemua suspek lelaki berusia antara 30 dan 50-an itu ditahan pada 12 tengah hari hingga 11 malam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.
"Penahanan kesemua suspek itu hasil soal siasat yang dijalankan oleh SPRM ke atas seorang ejen yang diserahkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum ini.
"Bagaimanapun keenam-enam pegawai pemeriksa kenderaan terbabit telah dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas diambil keterangan manakala dua lagi individu direman lima hari hingga Sabtu ini (11 Jan)," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Menurut sumber, perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16 (b) (A) Akta SPRM 2009.
Beliau berkata setakat ini SPRM telah menahan sembilan individu dan tidak menolak kemungkinan beberapa tangkapan susulan akan dibuat bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#pemeriksa kenderaan
#pemeriksaan kenderaan berat
#pusat pemeriksaan kenderaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan