awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebersihan bandar bukan tanggungjawab kerajaan sahaja - Nga
Filipina sedia corak masa depan pelancongan serantau menjelang Kepengerusian ASEAN 2026
Syria lancar mata wang baharu pada 1 Jan - Gabenor Bank Pusat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tahan penguat kuasa maritim bantu siasatan minta suapan

Bernama
Bernama
11/04/2023
12:01 MYT
SPRM tahan penguat kuasa maritim bantu siasatan minta suapan
SPRM hari ini menahan seorang lagi penguat kuasa Maritim Malaysia Kedah/Perlis bagi membantu siasatan berkaitan kes meminta suapan perlindungan di perairan negeri itu. - Gambar hiasan
KANGAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang lagi penguat kuasa Maritim Malaysia Kedah/Perlis bagi membantu siasatan berkaitan kes meminta suapan perlindungan di perairan negeri itu.
Menurut sumber, lelaki berusia 49 tahun yang berjawatan Bintara Muda itu ditahan di Pejabat SPRM Cawangan Langkawi pada pukul 11.35 pagi tadi selepas tampil memberikan keterangan.
Suspek dipercayai terlibat meminta wang suapan perlindungan bulanan daripada nelayan sebagai dorongan memudahkan pergerakan mereka sewaktu di laut dan dipercayai wang perlindungan itu dibayar secara transaksi serta tunai atau melalui orang tengah.
"Dia akan dilepaskan selepas selesai diambil keterangan. Keseluruhan tangkapan setakat ini adalah sebanyak 15 orang," kata sumber itu.
Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.
Pengarah SPRM Perlis Suzeliyana Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#kes minta suapan
#penguat kuasa maritim
#SPRM Cawangan Langkawi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan