awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tahan penjawat awam bantu siasatan terima rasuah lebih RM20,000

Bernama
Bernama
06/06/2023
14:55 MYT
SPRM tahan penjawat awam bantu siasatan terima rasuah lebih RM20,000
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor telah menahan seorang penjawat awam bagi membantu siasatan meminta dan menerima rasuah berjumlah lebih RM20,000 sepanjang dua tahun lepas. - BERNAMA
JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor telah menahan seorang penjawat awam bagi membantu siasatan meminta dan menerima rasuah berjumlah lebih RM20,000 sepanjang dua tahun lepas.
Menurut sumber, wanita yang bekerja sebagai pegawai penguat kuasa sebuah jabatan itu, telah ditahan di pejabat SPRM Johor Bahru, di sini, kira-kira pukul 5.30 petang tadi selepas hadir memberikan keterangan.
Difahamkan, pada tahun 2021 hingga 2022, wanita yang berusia 40 tahun itu telah meminta dan menerima wang rasuah tersebut daripada dua individu berlainan sebagai balasan mendapatkan tanah lot bukan bumiputera bagi sebuah projek perumahan di negeri ini.
"Wanita berkenaan yang juga merupakan ejen hartanah sambilan, juga telah meyakinkan kedua-dua individu terbabit bahawa dirinya boleh mendapatkan lot tersebut dengan menggunakan jawatannya sebagai pegawai penguat kuasa sebuah jabatan," kata sumber itu, hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.
Dalam kes berasingan pula, seorang pembantu tadbir kewangan di sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) telah ditahan bagi membantu siasatan menggunakan kedudukan dan jawatannya untuk memasukkan tunggakan gaji dan elaun ke akaun gajinya sendiri, tahun lepas.
Menurut sumber, wanita yang berusia 32 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Cawangan Segamat kira-kira pukul 2 petang tadi selepas hadir memberikan keterangan.
Difahamkan, wanita berkenaan sepatutnya tidak layak menerima tunggakan gaji dan elaun tersebut, telah memasukkan lebih RM1,000 ke akaun gajinya untuk tempoh dua bulan iaitu pada Februari dan April.
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Sementara itu, Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi, mengesahkan kedua-dua penahanan tersebut dan kedua-dua wanita berkenaan kemudiannya dilepaskan dengan jaminan SPRM.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM Johor
#tahan penjawat awam
#Rasuah
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan