awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka tuntutan palsu

Bernama
Bernama
22/01/2025
06:02 MYT
SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka tuntutan palsu
uspek dibawa ke Mahkamah Majistret Kuantan pada Rabu untuk perintah reman.- Sinar Harian
KUANTAN: Seorang penjawat awam direman enam hari hingga 27 Jan disyaki membuat tuntutan palsu bagi penginapan hotel berjumlah RM10,000 melibatkan 41 tuntutan palsu sejak 2023.
Perintah reman terhadap lelaki berusia lingkungan 40-an itu, dikeluarkan Majistret Nor Izzati Zakaria selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Sumber memaklumkan penjawat awam itu yang bertugas di Jabatan Pendidikan negeri ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Pahang semalam.
Pengarah SPRM negeri Hairuzam Mohd Amin @ Hamim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
--BERNAMA
TAG: SPRM, Pahang, penjawat awam
Topic Berkaitan
#penjawat awam
#tuntutan palsu
#Pahang
#penginapan hotel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan