Skip to main content

Malaysia

SPRM tahan penjawat awam terbabit kes rasuah RM30 juta libat cukai taksiran

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM30 juta berkaitan cukai taksiran pada 2025 hingga tahun ini. - Foto BERNAMA
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM30 juta berkaitan cukai taksiran pada 2025 hingga tahun ini. - Foto BERNAMA

Advertisement

Ringkasan AI

  • SPRM menahan seorang penjawat awam disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM30 juta berkaitan cukai taksiran antara 2025 hingga tahun ini.
  • Lelaki berusia 50-an itu dipercayai membantu beberapa syarikat mengurangkan bayaran cukai taksiran berjumlah RM140 juta sebagai balasan.
  • Suspek direman enam hari untuk siasatan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 selepas ditahan di sebuah hotel di Lembah Klang.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan  seorang penjawat awam kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM30 juta berkaitan cukai taksiran pada 2025 hingga tahun ini.

Menurut sumber SPRM, perbuatan lelaki berusia 50-an itu dipercayai melibatkan beberapa syarikat sebagai balasan membantu mengurangkan bayaran cukai taksiran berjumlah RM140 juta.

“Lelaki terbabit yang juga pengarah unit sektor awam itu ditahan kira-kira 12.30 tengah malam tadi ketika bersembunyi di sebuah hotel di Lembah Klang,” menurut sumber.

Sumber berkata perintah reman selama enam hari hingga Isnin depan terhadap lelaki terbabit dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a)( A ) Akta SPRM 2009.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement