awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tahan penjawat awam, terima rasuah bagi sijil kesihatan eksport arowana

Bernama
Bernama
15/03/2023
14:40 MYT
SPRM tahan penjawat awam, terima rasuah bagi sijil kesihatan eksport arowana
SPRM menahan seorang kakitangan sebuah agensi kerajaan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah RM1,700 daripada pengusaha syarikat pengeskport ikan.
SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang kakitangan sebuah agensi kerajaan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah RM1,700 daripada pengusaha syarikat pengeskport ikan.
Menurut sumber, lelaki berusia lingkungan 40-an itu, yang bertugas sebagai penolong pegawai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), telah ditahan kira-kira jam 4 petang tadi semasa hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kuala Selangor.
Katanya, wang rasuah tersebut telah dimasukkan ke akaun bank milik penjawat awam itu sebagai balasan untuk membantu mengeluarkan sijil kesihatan ikan arowana bagi tujuan eksport.
Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.
Beliau berkata suspek dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Sabak Bernam esok bagi mendapatkan permohonan reman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#tahan penjawat awam
#Rasuah
#eksport arowana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan