awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tahan reman penjawat awam terima suapan RM65,000

Astro Awani
Astro Awani
15/06/2024
13:27 MYT
SPRM tahan reman penjawat awam terima suapan RM65,000
Menurut sumber, suspek lelaki berusia sekitar 40-an itu telah ditahan kira-kira 9 pagi semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sarawak.- Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak telah menahan reman seorang penjawat awam kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM65,000 dari sebuah syarikat pembekalan barangan di negeri tersebut.

Ringkasan AI
  • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak telah menahan reman seorang penjawat awam kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM65,000 dari sebuah syarikat pembekalan barangan di negeri tersebut.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia sekitar 40-an itu telah ditahan kira-kira 9 pagi semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sarawak.
Susulan penahanan itu, suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Miri pagi tadi dan perintah reman selama empat hari bermula hari ini sehingga 19 Jun 2024 terhadap suspek telah dikeluarkan oleh Majistret Mohamad Helmi Ahmad Jani.
“Siasatan awal mendapati suspek disyaki terlibat memperoleh suapan dari sebuah syarikat pembekalan barangan bagi Program Bantuan Geran semasa bertugas di salah sebuah bandar di Sarawak sekitar tahun 2019 hingga 2022,” katanya dalam kenyataan.
Sementara itu, Timbalan Pengarah SPRM Sarawak, Tuan Hasbilah Mohamad Salleh ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.
Topic Berkaitan
#Mahkamah Majistret
#penjawat awam
#Rasuah
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan