awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tahan reman wartawan disyaki minta dan terima rasuah kira-kira RM20,000

Astro Awani
Astro Awani
01/03/2025
05:11 MYT
SPRM tahan reman wartawan disyaki minta dan terima rasuah kira-kira RM20,000
Perintah reman selama empat hari terhadap suspek telah dikeluarkan Majistret Beveniyah R Jothi, selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi. - Foto SPRM
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman seorang wartawan sebuah portal berita kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM20,000 sebagai balasan untuk menurunkan artikel yang dimuat naik serta tidak menulis lagi tentang sebuah agensi pekerja asing yang didakwa terbabit dalam sindiket.
Perintah reman selama empat hari sehingga 4 Mac 2025 terhadap suspek telah dikeluarkan Majistret Beveniyah R Jothi, selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.
Menurut sumber, suspek lelaki telah ditahan kira-kira jam 11.45 malam semalam di sebuah hotel sekitar Selangor hasil aduan dan ”trap” yang dilakukan oleh pegawai penyiasat SPRM.
“Suspek ditahan kerana dipercayai meminta dan menerima rasuah, bukannya sebab laporan berita yang ditulisnya mengenai pendatang asing tanpa izin (PATI) seperti yang dilaporkan.
"Siasatan awal mendapati suspek disyaki meminta wang rasuah sebanyak RM100,000 tetapi setelah berunding, suspek bersetuju menerima ‘pendahuluan’ kira-kira RM20,000,” katanya.
Sementara itu, Ketua Peduruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 dan wang tunai berjumlah kira-kira RM20,000 telah disita.
Topic Berkaitan
#SPRM
#tahan wartawan
#direman
#didakwa rasuah
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan