awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tahan sepasang suami isteri disyaki salah guna kedudukan

Bernama
Bernama
16/08/2022
12:25 MYT
SPRM tahan sepasang suami isteri disyaki salah guna kedudukan
SPRM menahan sepasang suami isteri yang dipercayai menyalah guna kedudukan bagi melaksanakan kerja-kerja berkaitan penilaian membabitkan sebuah majlis perbandaran di Selangor antara 2019 dan 2020.
SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan sepasang suami isteri yang dipercayai menyalah guna kedudukan bagi melaksanakan kerja-kerja berkaitan penilaian membabitkan sebuah majlis perbandaran di Selangor antara 2019 dan 2020.
Pasangan suami isteri yang masing-masing berusia lewat 40-an itu ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira pukul 1 tengah hari tadi.
Menurut sumber, suspek wanita yang berkhidmat sebagai pengarah di sebuah majlis perbandaran itu telah menggunakan jawatannya dengan mempelawa syarikat perunding swasta yang suaminya mempunyai kepentingan, bagi melakukan kerja-kerja penilaian melibatkan nilai berjumlah lebih RM445,000.
Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan pasangan berkenaan akan dibawa ke Mahkamah Sesyen di sini esok bagi dituduh mengikut Seksyen 23(1) dan Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#suami isteri ditahan
#guna kedudukan
#Majlis Perbandaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan