SPRM tahan Tengku Adnan berhubung isu penjualan tanah DBKL

Madiha Abdullah
November 14, 2018 08:46 MYT
Penahanan Tengku Adnan dipercayai berkaitan kes penjualan tanah DBKL. - Astro AWANI
Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ditahan selepas hadir untuk memberi keterangan di SPRM hari ini.
Beliau tiba di ibu pejabat SPRM di Putrajaya, jam 3.15 petang menaiki kereta Toyota Camry berwarna putih.
Beliau dijangka didakwa di mahkamah pada jam 3 petang esok (Khamis).
Penahanan beliau yang juga bekas Menteri Wilayah Persekutuan, dipercayai berkaitan kes penjualan tanah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Media baru-baru ini melaporkan sebanyak 97 transaksi meragukan membabitkan penjualan tanah DBKL seluas 273.27 hektar bernilai RM5.63 bilion.
#Ahli Parlimen Putrajaya #mahkamah #Putrajaya #SPRM #tanah dbkl #Tengku Adnan Tengku Mansor