awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tahan tiga individu kes rasuah, salah guna jawatan

Sinar Harian
Sinar Harian
08/03/2023
03:30 MYT
SPRM tahan tiga individu kes rasuah, salah guna jawatan
Pengurus Pusat Giat Mara yang ditahan kerana disyaki menyalahguna jawatan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuantan untuk perintah reman pada Rabu. - Foto Sinar Harian
KUANTAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang menahan tiga individu bagi membantu siasatan berhubung kes salah guna jawatan dan menerima rasuah.
Tangkapan dilakukan secara berasingan di pejabat SPRM Pahang dan Raub pada Selasa.
Difahamkan, seorang daripada yang ditahan merupakan pengurus sebuah Pusat Giat Mara di negeri ini.
Lelaki berusia 39 tahun itu disyaki menyalahguna jawatannya dengan mencadangkan syarikat milik adik-beradik isterinya dilantik untuk menjalankan kerja–kerja baik pulih dan bina baharu Program Perumahan Termiskin (PPRT) Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) pada 2021 hingga tahun lalu.
Nilai keseluruhan bagi kerja–kerja tersebut berjumlah RM38,521.
Suspek ditahan pada jam 8.15 malam selepas hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Pahang di sini.
Susulan penahanan itu, suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Kuantan pada Rabu untuk perintah reman.
Majistret Fatinah Abu Bakar membenarkan perintah reman ke atas suspek selama tujuh hari sehingga 14 Mac ini.
Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 23 ASPRM 2009.
Sementara itu, SPRM turut menahan dua kakitangan di pejabat tanah daerah Raub dan Lipis untuk siasatan kerana disyaki menerima rasuah RM4,000 bagi membantu mempercepatkan proses permohonan permit sebuah syarikat untuk aktiviti pengeluaran pasir Sungai Semantan dan Sungai Jelai.
Suspek berusia 37 tahun itu ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 17(a) ASPRM 2009 sebelum dilepaskan dengan bon jaminan SPRM.
Pengarah SPRM Pahang, Hairuzam Mohmad Amin@Hamim mengesahkan semua tangkapan tersebut. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#SPRM
#Rasuah
#salah guna jawatan
#Mahkamah Majistret Kuantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan