awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tahan tiga pegawai, kerani terima rasuah

Sinar Harian
Sinar Harian
23/10/2023
00:50 MYT
SPRM tahan tiga pegawai, kerani terima rasuah
Kesemua suspek dipercayai menerima wang rasuah daripada calon-calon peserta yang menghadiri ujian Bahagian 1 Berkomputer Lesen Memandu.
JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan dua pegawai khidmat pelanggan di Rangkaian Interaktif Laman Elektronik Kerajaan (RILEK) Cawangan Kota Tinggi dan seorang kerani Pusat Lesen Memandu kerana menerima wang rasuah.
Menurut sumber, ketiga-tiga suspek perempuan berusia 23 hingga 34 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Johor kira-kira jam 9 malam Ahad selepas satu operasi yang dijalankan hasil kerjasama sebuah syarikat konsesi untuk aplikasi utama kerajaan.
Difahamkan kesemua suspek dipercayai menerima wang rasuah daripada calon-calon peserta yang menghadiri ujian Bahagian 1 Berkomputer Lesen Memandu untuk membantu calon lulus dalam ujian tersebut.
Siasatan yang masih dijalankan dijangka ada penahanan lain bagi membantu siasatan.
Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#SPRM
#Rasuah
#Rilek
#Pusat Lesen Memandu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan