awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tawar program pengajian untuk pegawai lantikan baharu

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
08/09/2022
02:45 MYT
SPRM tawar program pengajian untuk pegawai lantikan baharu
Azam dan Ryan pada Majlis Konvokesyen 1st MACC Law Enforcement Accredited Programme Convocation 2022 di Dewan Perdana PICC hari ini.
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia sedang membangunkan satu lagi program pengajian berakreditasi iaitu 'Sijil Asas Penguatkuasaan Undang-Undang (Certificate In Basic Law Enforcement).
Menurut Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Azam Baki, program bertaraf sijil tahap tiga tersebut akan dibuka dan ditawarkan kepada semua agensi penguatkuasaan dalam SPRM bagi mengikuti latihan asas kepada semua pegawai lantikan baharu.
"Jumlah jam kredit minimum bagi mengikuti program pengajian ini adalah berjumlah 60 jam kredit atau bersamaan 2,400 jam pembelajaran.
"Tempoh pembelajaran ini adalah selama tiga bulan secara bersemuka di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia dan secara dalam talian," katanya ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Konvokesyen 1st MACC Law Enforcement Accredited Programme Convocation 2022 di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, hari ini.
Majlis konvokesyen tersebut merupakan yang pertama kali diadakan dengan kerjasama Nottingham Trent University, United Kingdom.
Ia membabitkan beberapa jurusan dalam kursus yang ditawarkan bertaraf profesional Diploma Level 5 dan juga Postgraduate Diploma Level 7.
Seramai 266 graduan menerima pensijilan masing-masing pada majlis tersebut yang turut dihadiri oleh Pro Naib Canselor (Antarabangsa) Nottingham Trent University Prof Cillian Ryan.
Kesemua graduan merupakan pegawai pelbagai jawatan dalam SPRM, termasuk dari taraf Penolong Penguasa Gred P29 sehinggalah P41.
Program pengajian termasuk modul siasatan, perisikan, pendakwaan dan perundangan, amalan profesional, serta kepimpinan.
Topic Berkaitan
#Azam Baki
#SPRM
#Certificate In Basic Law Enforcement
#Sijil Asas Penguatkuasaan Undang-Undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan