MALAYSIA
SPRM tubuh pasukan khas tuntut aset 1MDB bernilai RM20 bilion

AZAM: Jumlah keseluruhan aset luar negara bernilai hampir AS$5 bilion (RM20,746,000,000) yang melibatkan aset-aset seperti hartanah dan pertukaran wang asing. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menubuh satu pasukan khas bagi menyiasat semua aset-aset luar negara yang berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Seri Azam Baki berkata, setakat ini SPRM masih lagi dalam proses perbincangan dan pasukan khas itu akan diketuai Pusat Governans Integiriti dan Anti Rasuah Nasional (GICC).
“Jumlah keseluruhan aset luar negara bernilai hampir AS$5 bilion (RM20,746,000,000) yang melibatkan aset-aset seperti hartanah dan pertukaran wang asing.
"Antara negara yang telah dikenal pasti termasuklah Amerika Syarikat, United Kingdom dan Hong Kong," katanya selepas sidang media khas di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, pada Jumaat.
“Kita harap pasukan khas nanti akan dapat menyiasat semua pendakwaan yang berkaitan 1MDB, " jelas beliau.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami