MALAYSIA
SPRM tunggu keputusan AGC, dakwa Ismail Sabri atau tidak – Azam Baki
Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, keputusan sama ada meneruskan pertuduhan atau tidak ke atas Ahli Parlimen Bera itu hanya akan ditentukan oleh AGC. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menunggu keputusan Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung kes yang membabitkan Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ringkasan AI
Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, keputusan sama ada meneruskan pertuduhan atau tidak ke atas Ahli Parlimen Bera itu hanya akan ditentukan oleh AGC.
“Saya hanya menunggu daripada Peguam Negara sama ada kes itu perlu diteruskan untuk menuduh atau tidak. Itu sahaja terpulang kepada beliau (Peguam Negara) tetapi bagi pemulihan aset, kita (SPRM) sudah jalankan tugas dan aset berkenaan berjaya dipulihkan,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sambutan Ulang Tahun SPRM Ke-58 dan Peluncuran 'Keep Malaysia Clean' di sini, hari ini.
Terdahulu media melaporkan wang tunai melebihi RM169 juta yang didakwa berkaitan Ismail Sabri telah dilucuthak kepada Kerajaan Malaysia.
Jumlah itu membabitkan pelbagai mata wang, iaitu RM14,772,150; SG$6,132,350; AS$1,461,400 dan CHF3 juta (Swiss Franc); EUR12,164,150; JPY363,000,000 (Yen); GBP£50,250; NZ$44,600; AED34,750,000 (Emirati Dirham) dan AUD352,850.
Hakim Mahkamah Sesyen Suzana Hussin memerintahkan wang itu dilucut hak kepada kerajaan selepas Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mahadi Abdul Jumaat, selaku pemohon, memaklumkan bahawa tiada pihak ketiga hadir ke mahkamah untuk menuntut harta tersebut.
Pada 7 Julai lepas, SPRM memfailkan permohonan untuk melucut hak wang tunai lebih RM169 juta milik Ismail Sabri yang disita daripada Mohammad Anuar kepada Kerajaan Malaysia.
Sebelum ini, Ismail Sabri telah beberapa kali dipanggil untuk dirakam percakapan berkaitan pengisytiharan harta yang dibuat oleh beliau kepada SPRM.
SPRM turut merampas wang tunai RM170 juta dalam pelbagai mata wang asing serta menyita 16 kilogram jongkong emas tulen yang dianggarkan bernilai RM7 juta, berhubung siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram terhadap Ahli Parlimen Bera itu.
Rampasan itu dilakukan semasa penggeledahan di kediaman dan pejabat yang dipercayai dijadikan 'rumah selamat' hasil siasatan ke atas empat pegawai kanan Ismail Sabri yang ditahan Februari lepas.
Ringkasan AI
- SPRM menunggu keputusan Jabatan Peguam Negara (AGC) sama ada meneruskan pertuduhan terhadap bekas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.
- Lebih RM169 juta wang tunai pelbagai mata wang telah dilucut hak kepada kerajaan, manakala SPRM turut merampas RM170 juta tunai dan 16 kg jongkong emas bernilai RM7 juta.
- Kes berkait siasatan rasuah dan pengubahan wang haram, dengan Ismail Sabri sudah beberapa kali dipanggil untuk rakaman percakapan.
Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, keputusan sama ada meneruskan pertuduhan atau tidak ke atas Ahli Parlimen Bera itu hanya akan ditentukan oleh AGC.
“Saya hanya menunggu daripada Peguam Negara sama ada kes itu perlu diteruskan untuk menuduh atau tidak. Itu sahaja terpulang kepada beliau (Peguam Negara) tetapi bagi pemulihan aset, kita (SPRM) sudah jalankan tugas dan aset berkenaan berjaya dipulihkan,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sambutan Ulang Tahun SPRM Ke-58 dan Peluncuran 'Keep Malaysia Clean' di sini, hari ini.
Terdahulu media melaporkan wang tunai melebihi RM169 juta yang didakwa berkaitan Ismail Sabri telah dilucuthak kepada Kerajaan Malaysia.
Jumlah itu membabitkan pelbagai mata wang, iaitu RM14,772,150; SG$6,132,350; AS$1,461,400 dan CHF3 juta (Swiss Franc); EUR12,164,150; JPY363,000,000 (Yen); GBP£50,250; NZ$44,600; AED34,750,000 (Emirati Dirham) dan AUD352,850.
Hakim Mahkamah Sesyen Suzana Hussin memerintahkan wang itu dilucut hak kepada kerajaan selepas Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mahadi Abdul Jumaat, selaku pemohon, memaklumkan bahawa tiada pihak ketiga hadir ke mahkamah untuk menuntut harta tersebut.
Pada 7 Julai lepas, SPRM memfailkan permohonan untuk melucut hak wang tunai lebih RM169 juta milik Ismail Sabri yang disita daripada Mohammad Anuar kepada Kerajaan Malaysia.
Sebelum ini, Ismail Sabri telah beberapa kali dipanggil untuk dirakam percakapan berkaitan pengisytiharan harta yang dibuat oleh beliau kepada SPRM.
SPRM turut merampas wang tunai RM170 juta dalam pelbagai mata wang asing serta menyita 16 kilogram jongkong emas tulen yang dianggarkan bernilai RM7 juta, berhubung siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram terhadap Ahli Parlimen Bera itu.
Rampasan itu dilakukan semasa penggeledahan di kediaman dan pejabat yang dipercayai dijadikan 'rumah selamat' hasil siasatan ke atas empat pegawai kanan Ismail Sabri yang ditahan Februari lepas.

#SPRM tunggu AGC
#Jabatan Peguam Negara
#ismail sabri yaakob
#Azam Baki
#pengubahan wang haram
#terkini