awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPUT: Tekun peruntuk RM5 juta untuk usahawan pasar tamu

Abdul Hafiz Mustadi
Abdul Hafiz Mustadi
18/03/2023
11:17 MYT
SPUT: Tekun peruntuk RM5 juta untuk usahawan pasar tamu
Ewon Benedick menyampaikan cek pembiayaan kepada salah seirang penerima di Dewan Kadamaian Square Taginambu. - Astro AWANI
KOTA BELUD: Sejumlah RM5 juta diperuntukkan Tekun Nasional sebagai pembiayaan mikro sehingga RM5,000 bagi usahawan pasar tamu melalui Skim Pembiayaan Usahawan Tamu (SPUT).
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Datuk Ewon Benedick berkata skim berkenaan dijangka memberi manfaat kepada sekitar 1,000 penerima manfaat yang terdiri daripada golongan usahawan tamu yang memfokuskan perniagaan secara informal (peniaga kecil-kecilan tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
"Itu sebab kita sediakan Skim Pembiayaan Usahawan Tamu ini untuk membantu mereka.
"Kita tahu mereka ini tidak ada lesen perniagaan dan merupakan usahawan informal. Mereka layak dan merekalah sasaran kita untuk dibantu melalui skim ini", ujar Ewon ketika ditemui selepas merasmikan pelancaran SPUT di Dewan Kadamaian Square Taginambur, di sini, pada Sabtu.
Jelasnya lagi inisiatif tersebut diperkenalkan oleh (KUSKOP) melalui agensinya Tekun setelah meneliti suara dan permintaan golongan usahawan pasar tamu.
Beliau turut berharap agar skim tersebut dimanfaatkan sepenuhnya oleh usahawan tamu dalam menghadapi cabaran ekonomi masa kini selain mampu meningkatkan pendapatan melalui pembiayaan tersebut.
"Skim ini kita bangunkan kerana idea ini datangnya daripada mereka. Mereka tanya saya apa kementerian boleh bantu.
"Maka kementerian melalui agensi kita, Tekun Nasional telah pun mewujudkan Skim Pembiayaan Usahawan Tamu Sabah ini dan sudah tentunya harapan saya agar penjaja, peniaga, serta usahawan informal di tamu ini menggunakan sepenuhnya skim ini", tambah Ewon
Usahawan di bawah SPUT juga akan turut dilindungi di bawah skim keselamatan sosial pekerjaan sendiri di bawah PERKESO.
Sejak diwujudkan pada 1998 hingga Februari 2023, Tekun telah menyalurkan pembiayaan kepada 548,473 usahawan dengan nilai RM8.17 bilion di seluruh negara.
Topic Berkaitan
#TEKUN Nasional
#Skim Pembiayaan Usahawan Tamu SPUT
#Datuk Ewon Benedick
#Suruhanjaya Syarikat Malaysia SSM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan