KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan pengedaran spektrum teknologi generasi kelima (5G) menerusi Syarikat Bertujuan Khas (SPV) untuk memastikan proses tersebut berjalan dengan pantas.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, motivasi kerajaan sekarang adalah untuk membawa teknologi tersebut kepada semua dan pada masa sama, melaksanakannya secepat mungkin.
“Sudah pasti kerajaan perlu melakukan pelaburan dan kita pasti akan lakukannya. Kalau dinilai ucapan Perdana Menteri pada 19 Februari lepas, beliau tidak benar-benar sebut maklumat lanjut.
“Namun, kita mungkin boleh menjangkakan perkara tersebut. Ada beberapa syarikat disebut dalam ucapan beliau termasuk Telekom (TM). Mereka adalah syarikat besar yang pastinya boleh memainkan peranan.
“Jadi inilah perancangan kami (menggunakan SPV), cara untuk melakukannya. Kita harap dapat mulakan proses ini secepat mungkin,” katanya.
BACA: Tiada bidaan, pengedaran spektrum 5G hanya menerusi SPV - SKMM
Tambah beliau, meskipun kerajaan sedang berusaha untuk melaksanakan 5G namun segala perancangan dalam Jalinan Digital Negara (JENDELA) tetap berjalan seperti biasa.
“Apa sahaja perancangan dalam JENDELA masih berjalan. 4G berjalan seperti biasa, menamatkan 3G berjalan seperti dirancang.
“Syarikat telekomunikasi yang sudah ada spektrum dalam apa sahaja mereka lakukan, mereka akan teruskan buat apa yang mereka lakukan sekarang,” ujarnya.
Astro AWANI pada Isnin melaporkan pengedaran spektrum teknologi generasi kelima (5G) hanya akan dilaksanakan menerusi SPV yang dimiliki Kementerian Kewangan.
Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek berkata SPV yang akan dilancarkan tidak lama lagi akan menjadi pemilik tunggal teknologi itu dan akan diberikan lesen untuk menyediakan spektrum jalur secara borong.
Astro Awani
Mon Feb 22 2021

Saifuddin berkata, motivasi kerajaan sekarang adalah untuk membawa teknologi tersebut kepada semua dan pada masa sama, melaksanakannya secepat mungkin. - Gambar fail

Garis Masa: Februari 2021 pun berakhir... antara sorotan berita penting bulan ini
Walaupun hanya 28 hari, tetapi banyak perkara besar yang berlaku di negara ini dalam tempoh tersebut.

Suntikan vaksin: Dakwaan 200 ahli SUK Kelantan cuba 'potong barisan' tidak benar
Dakwaan yang mengatakan bahawa terdapat 200 Ahli Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kelantan cuba 'memotong barisan' untuk menjadi penerima terawal suntikan vaksin COVID-19 adalah fitnah.

AWANI Ringkas: PKR pecat Larry Sng, Steven Choong | 'Saya keluar parti demi rakyat' - Larry Sng

ECK mempunyai dana bangunkan projek KXP - Muhammad Sanusi
ECK juga berjaya membuktikan bahawa ia memiliki dana masing-masing sebanyak RM1.5 bilion bagi fasa pertama dan RM5 bilion bagi fasa kedua projek berkenaan.

Majlis Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin berkonsep hibrid
Majlis Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin esok akan mengetengahkan konsep hibrid yang menggabungkan kehadiran secara fizikal dan maya.

Parti Gerakan adakan Persidangan Perwakilan Nasional secara maya pada 13 Mac
Persidangan Perwakilan Nasional Parti Gerakan 2020 akan berlangsung buat pertama kalinya secara maya pada 13 Mac depan.

AWANI Ringkas: 3 'Tan Sri', 'Datuk' disyaki dalang kartel dadah | Kes COVID-19 di Malaysia cecah 300,000

Darurat COVID-19 diperlukan - Muhyiddin
Muhyiddin berkata beliau tetap berpegang pada janji bahawa darurat akan ditamatkan lebih awal daripada tarikh 1 Ogos jika pandemik COVID-19 berjaya dibendung.

Garis Masa: Februari 2021 pun berakhir...antara sorotan berita penting bulan ini
Walaupun hanya 28 hari, tetapi banyak perkara besar yang berlaku di negara ini dalam tempoh tersebut. Ikuti antara isu menjadi tumpuan netizen sepanjang Februari 2021. #AWANInews #MyVaksinCOVID19 #HapusCOVID19

Kudeta Myanmar | Ketegangan meningkat, empat dilapor maut dalam protes
Setelah sebulan Myanmar berada bawah pimpinan Junta tentera, kawalan pihak berkuasa ditingkatkan kepada tahap tertinggi hari ini. Sekurang-kurangnya empat dilaporkan maut dalam tunjuk perasaan yang tercetus di beberapa bandar.

Majlis Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin berkonsep hibrid
Majlis Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin esok akan mengetengahkan konsep hibrid yang menggabungkan kehadiran secara fizikal dan maya.

Kerajaan perlu tumpu usaha perbaiki polisi negara - Saifuddin
Kerajaan perlu berusaha ke arah memperkukuh polisi negara yang merujuk kepada kefahaman dan penghayatan dalam Perlembagaan Persekutuan serta Rukun Negara.

Pendekatan holistik, inklusif penting bagi capai aspirasi MyDIGITAL - Saifuddin
MyDIGITAL menetapkan inisiatif penyatuan dan hasil yang disasarkan untuk disampaikan melalui enam teras strategi.

Malaysia akan lancar makmal ujian keselamatan siber 5G pertama di Asia Tenggara
Makmal ujian akan menjadi model keselamatan siber secara menyeluruh yang merangkumi sejumlah senario dan menawarkan perkhidmatan aplikasi mudah alih dan penilaian perkakasan.

SPV untuk pastikan pelaksanaan 5G lebih pantas - Saifuddin
Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan pengedaran spektrum teknologi generasi kelima (5G) menerusi Syarikat Bertujuan Khas (SPV) untuk memastikan proses tersebut berjalan dengan pantas.

Tindakan kecam, ketawakan guru sains DidikTV perbuatan buli siber - Saifuddin Abdullah
Tindakan sebahagian warganet mengecam dan mentertawakan, penyampaian seorang guru sains semasa mengajar dalam bahasa Inggeris di saluran DidikTV, merupakan satu perbuatan buli siber.

Undi 18: Perkasa dan kepercayaan kepada golongan muda - Saifuddin
Undi 18 adalah soal pemerkasaan orang muda dan mereka seharusnya diberikan kepercayaan untuk membuat keputusan dalam semua bidang dan peringkat.

Syarikat produksi perlu mohon SPP khas bagi penggambaran dalam studio - Saifuddin
Pemantauan berkala juga akan dilaksanakan di lokasi penggambaran oleh penguat kuasa Finas bagi memastikan pematuhan SOP (prosedur operasi standard) tidak dikompromi.

Keselamatan internet negara masih dalam keadaan terkawal
Ancaman siber adalah perkara yang berlaku setiap hari, bukan hanya di Malaysia, satu dunia berdepan masalah sama.

Cadangan SOP penggambaran, acara langsung dibentang ke MKN esok
SOP itu yang disifatkan lebih ketat berbanding sebelum ini, diharap akan memperoleh kelulusan segera bagi memastikan kelangsungan hidup mereka yang mencari makan menerusi aktiviti seni.