KUALA LUMPUR: Pendakwaan dalam kes rasuah Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan SRC International Sdn Bhd membantah permohonan bekas Perdana Menteri itu untuk mengemukakan bukti baharu dalam rayuannya dan menyifatkan ia sebagai usaha bagi melengahkan keputusan mahkamah dalam kes itu, yang dijadual diumumkan pada Rabu ini.
Menerusi afidavit jawapan yang dikeluarkan kepada media, Timbalan Pendakwa Raya Budiman Lutfi Mohamed berkata semua bukti telah dikemukakan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Mahkamah Rayuan untuk memutuskan rayuan Najib, justeru tidak terdapat lagi bukti tambahan yang berkaitan diperlukan bagi melupuskan kes itu dengan seadil-adilnya.
"Pendakwaan berhujah permohonan ini adalah bagi melengah-lengahkan keputusan rayuan (bagi kes pecah amanah jenayah, pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan) dengan membuka semula keseluruhan kes seperti yang dapat dilihat dalam perintah yang dipohon.
"Saya menafikan bahawa pendakwaan telah menyembunyikan sebarang fakta yang relevan berhubung pertuduhan semasa perbicaraan atau proses rayuan di hadapan Mahkamah Rayuan.
"Malah bekas Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz telah ditawarkan kepada pembelaan di akhir kes pendakwaan. Bagaimanapun, pemohon (Najib) telah memilih untuk tidak memanggil atau menemu bual Zeti bagi tujuan memanggilnya sebagai saksi untuk membuktikan kes pembelaan," katanya.
Beliau juga berhujah Najib boleh membuat permohonan itu pada Januari tahun ini kerana pada Disember 2020, mereka sudah tahu mengenai isu akuan berkanun yang dibuat oleh suami Zeti iaitu Datuk Dr Tawfiq Ayman dan dua anak lelaki mereka.
"Tidak ada akuan berkanun yang dibuat oleh Zeti berkaitan perkara ini. Pemohon boleh membuat permohonan ini pada Januari lepas sebelum pendengaran rayuan bermula pada 5 April.
"Bagaimanapun, Najib mengambil masa selama 11 bulan dan beberapa hari sebelum Mahkamah Rayuan dijadual membuat keputusan berhubung rayuannya untuk memfailkan permohonan ini. Ini merupakan satu tindakan untuk melengah-lengahkan yang disengajakan dan ketidakrelevanan bukti yang kononnya baharu menunjukkan bahawa ini adalah satu permohonan yang berniat jahat," katanya.
Budiman juga berhujah perkara yang dipohon tidak mempunyai kaitan dengan rayuan dan tidak terdapat hubungan antara bukti tambahan yang dipohon dengan pertuduhan terhadap Najib.
Mengenai isu hubungan yang sudah lama wujud antara Zeti dengan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho or Jho Low, beliau berkata jika dipertimbang secara kumulatif, tiada keterangan yang konklusif bagi membuktikan bahawa hubungan kedua-duanya sudah lama terjalin.
"Keterangan yang dikemukakan oleh pendakwaan dan diakui sendiri oleh Najib pada perbicaraan kes itu menunjukkan bahawa Jho Low, Nik Faisal Ariff Kamil (bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC) dan Allahyarham Datuk Seri Azlin Alias (bekas Ketua Setiausaha Sulit Najib) telah bertindak atas arahan beliau berhubung isu membabitkan akaun banknya.
"Pendakwaan turut membuktikan Najib tahu bahawa RM42 juta yang telah didepositkan ke dalam akaunnya adalah daripada SRC dan bukan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Isu sama ada Tawfiq, Aliff dan Abdul Aziz telah menerima wang daripada 1MDB tidak mempunyai kaitan dengan perkara pokok dalam rayuan, yang membabitkan dana SRC dalam akaun bank peribadi Najib," katanya.
Beliau berkata pendakwaan tidak menyembunyikan bukti yang memihak kepada pembelaan kerana bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas, dan selepas itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, memaklumkan bahawa isu itu adalah berkaitan dengan 1MDB dan bukan perkara pokok dalam rayuan tersebut.
"Selain itu, Thomas dan menteri terbabit menyatakan bahawa kita perlu menunggu siasatan ke atas kes Zeti selesai," katanya sambil menambah bahawa dana yang diperoleh kembali daripada Nik Faisal dan Tawfiq adalah berkaitan dengan 1MDB serta tidak mempunyai kaitan dengan dana SRC.
"Penerimaan dana 1MDB oleh Nik Faisal adalah tidak relevan kepada kes SRC. Pendakwaan telah membuktikan bahawa pengetahuan Najib mengenai dana SRC dalam akaunnya yang menyebabkan berlaku perbuatan bagi kesalahan yang didakwa.
"Hanya Najib dan bukan Jho Low, Nik Faisal atau Azlin, telah mendapat manfaat daripada RM42 juta dana SRC sebagaimana yang diputuskan oleh mahkamah yang mendengar perbicaraan kes itu," katanya sambil menambah bahawa atas semua alasan ini, beliau meminta mahkamah agar menolak permohonan Najib untuk mengemukakan bukti baharu pada peringkat ini.
Difailkan pada 1 Dis lepas, Najib memohon Mahkamah Rayuan membenarkan dan mengarahkan agar keterangan viva voce (lisan) diambil daripada bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki, Pegawai Penyiasat SPRM Rosli Hussein, yang merupakan saksi pendakwaan ke-57 dalam kes SRC dan keterangan saksi lain atau apa-apa keterangan tambahan lanjut yang berbangkit.
Najib, 68, berkata beliau membuat permohonan itu susulan siaran akhbar oleh SPRM pada 19 Nov lepas berhubung aset dana 1MDB antaranya dari Singapura yang menyaksikan kerajaan republik itu telah memulangkan sejumlah US$15.4 juta kepada Malaysia berkaitan akaun Cutting-Edge Industries Ltd (CEIL) milik Tawfiq.
Mahkamah akan mendengar hujah berhubung permohonan Najib itu esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 06 2021
Pendakwaan berhujah permohonan itu adalah bagi melengah-lengahkan keputusan rayuan bagi kes pecah amanah jenayah, pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan dihadapi Najib. - Gambar fail/ Astro AWANI
Pembantu kedai nafi pecah amanah lebih RM200,000
Mohamad Rizal Zainal Abiddin, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.
Letusan Gunung Ruang jejas ruang udara, penutupan lapangan terbang dilanjutkan
Letusan Gunung Ruang di Wilayah Sulawesi Utara terus menjejaskan ruang udara pada Jumaat, memberi kesan kepada keselamatan penerbangan.
Beras ditemui di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan - KPKM
Beras yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak selamat untuk dimakan.
Boeing hasrat tawarkan kereta terbang di Asia menjelang 2030
Kereta terbang ini dijangka menawarkan penyelesaian untuk pelbagai bandar di Asia yang sering sesak dengan kenderaan.
Piala Thomas: Tze Yong digugurkan, Hon Jian isi kekosongan - Rexy
Ng Tze Yong disahkan tidak akan beraksi pada Piala Thomas 2024 dan kekosongan ditinggalkan naib juara Terbuka Artik 2023 itu akan digantikan dengan pemain beregu, Choong Hon Jian.
Isu surat layang: Mangsa ugutan, gangguan seksual diminta lapor polis
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak meminta mangsa yang mendakwa menerima ugutan serta gangguan seksual yang dikaitkan dengan isu surat layang tular membabitkan kakitangan perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) supaya membuat laporan polis.
Bekalan Darah: Kadar penderma darah dalam negara masih rendah
Menurut Timbalan Pengarah I, Pusat Darah Negara, Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Tun Maizura Mohd Fathullah, kadar tersebut perlu ditingkatkan bagi memastikan bekalan darah mencukupi terutamanya pada waktu-waktu terdesak.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan syarat-syarat pelepasan cukai bagi latihan sukan pada Jumaat.
Kastam tumpaskan sindiket penyeludupan, temukan dadah bawah pokok
Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang menumpaskan cubaan penyeludupan dadah apabila merampas dadah jenis methaphetamine seberat 30 kilogram bernilai hampir RM1 juta.
Pengawal keselamatan didakwa bunuh anak kandung berusia enam bulan
Seorang bapa yang tergamak mendera anak kandungnya yang berusia enam bulan sehingga mengakibatkan mangsa mati didakwa di Mahkamah Bandar Baru Bangi, pada Jumaat kerana kesalahan membunuh.
Titah Adendum: Sokongan Ahmad Zahid kepada Najib tulus, sejati - Megat Zulkarnain
Sokongan yang dizahirkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung Titah Adendum YDP Agong mengenai tahanan rumah, tulus dan sejati.
Keputusan permohonan Najib mulakan semakan kehakiman cabar kewujudan Titah Adendum 5 Jun
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 5 Jun untuk memutuskan permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mencabar kewujudan perintah tambahan beliau.
Titah Adendum: Peguam Negara bawa perkara dibangkitkan Tengku Zafrul ke mahkamah
Jabatan Peguam Negara akan membawa perkara berhubung kenyataan yang dibuat oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz kepada perhatian pihak Mahkamah.
Zafrul dapatkan nasihat undang-undang mohon fail afidavit, betulkan kesilapan fakta
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akan membuat permohonan kepada Mahkamah Tinggi untuk meminta kebenaran bagi memfailkan afidavitnya untuk memperbetulkan beberapa kesilapan fakta.
Zahid Hamidi 'saksi kritikal', sokong dakwaan Najib mengenai kewujudan Titah Adendum
Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO itu menyokong dakwaan berkenaan menerusi afidavit yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 April lalu.
Kes Najib cabar kewujudan Titah Adendum, dijalankan secara dalam kamar
Muhammad Shafee memaklumkan kepada mahkamah, supaya prosiding kes Najib itu dijalankan secara dalam kamar memandangkan terdapat isu sensitif.
Mahkamah Rayuan tetapkan 20 Ogos untuk dengar rayuan Najib gugurkan hakim
Tarikh itu ditetapkan hari ini susulan pengurusan kes di hadapan penolong kanan pendaftar Mahkamah Rayuan Nurul Azrina Mohamed Yusof.
Disekat dari ke luar negara, tetapi tidak ditahan - Bekas Pengarah SRC
Shahrol memberitahu beliau tidak ditahan pihak berkuasa berkaitan urus niaga syarikat itu, namun disekat daripada ke luar negara.
'Saya tidak tahu apa-apa mengenai hubungan Zeti-Jho Low' - Bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1MDB Jasmine Loo Ai Swan memberitahu mahkamah tidak tahu mengenai sebarang hubungan perniagaan antara suami Zeti dan Jho Low.
Jho Low masukkan wang RM100 juta sebagai hadiah kepada bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1Malaysia Development Berhadmengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau menerima hadiah RM100 juta daripada ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, walaupun telah meninggalkan syarikat itu.