SRC International Sdn Bhd menyangkal laporan dua portal berita berhubung dakwaan kertas pertuduhan terhadap Perdana Menteri dan rajah kononnya aliran dana ke dalam akaun beliau, yang menyatakan pinjaman RM4 bilion diperoleh syarikat itu daripada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) telah disalah guna.
Dalam kenyataan di sini hari ini, syarikat itu berkata berdasarkan siasatan dalaman, dipercayai dakwaan itu berdasarkan dokumen yang telah dipalsukan dalam cubaan untuk sengaja mengelirukan orang ramai.
"Hakikatnya, semua RM4 bilion yang dipinjam daripada KWAP diambil kira di dalam kunci kira-kiranya, selaras dengan amalan piawaian perakaunan dan tadbir urus.
"Tiada satu sen pun daripadanya telah disalah guna seperti didakwa oleh mereka yang mempunyai niat jahat," katanya. Kenyataan itu merujuk kepada portal berita Sarawak Report dan Malaysiakini.
Syarikat itu berkata dakwaan palsu itu merupakan satu serangan yang serius terhadap SRC dan telah menyebabkan kesan kewangan yang negatif serta menjejaskan reputasi perniagaannya serta kerajaan dalam cubaan untuk memburuk-burukkannya dalam politik.
Mengenai aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat, kenyataanitu menyatakan sebarang perbelanjaan syarikat bagi program-program sosial diambil daripada pendapatan tunai yang dijana menerusi pelaburannya.
"Selepas bertahun-tahun, pendapatan yang diraih dianggarkan RM500 juta tidak termasuk item bukan tunai lain, menyediakan pendapatan yang kukuh untuk syarikat gunakan bagi tujuan itu, katanya.
SRC menggesa Jabatan Peguam Negara menjalankan siasatan menyeluruh terhadap dakwaan terbabit dan dakwaan kertas pertuduhan yang disiarkan oleh Sarawak Report dan rajah aliran dana yang diterbitkan Malaysiakini.
"Kami mahu pihak yang bertanggungjawab terhadap pemalsuan ini dikenal pasti, berikutan ketulenannya telah dinafikan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada 3 Ogos 2015," kata SRC.
Bernama
Wed Oct 21 2015
Syarikat itu berkata berdasarkan siasatan dalaman, dipercayai dakwaan itu berdasarkan dokumen yang telah dipalsukan dalam cubaan untuk sengaja mengelirukan orang ramai. - Gambar Fail
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara - CIJ
Dalam pada itu, Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail Berkata, pengamal media perlu beroperasi dalam persekitaran yang sangat kondusif serta menekankan falsafah yang mampu meningkatkan kualiti kewartawanan.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara
Sebanyak 187 siasatan dijalankan di bawah undang-undang hak kebebasan.
KKM Malaysia rancang perkenal undang-undang 'Good Samaritan' - Dr Dzulkefly
Dzulkefly berkata banyak negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan beberapa negara Asia telah pun melaksanakan undang-undang berkenaan.
[TERKINI] Goh Sze Fei-Nur Izzuddin langkah ke Final Jelajah Dunia BWF
Beregu negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, sah melangkah ke pentas akhir Kejohanan Badminton Final Jelajah Dunia BWF, sebentar tadi apabila menewaskan pasangan Indonesia.
KWAP peruntuk RM20 bilion untuk peralihan aset
KWAP mengukuhkan komitmennya terhadap pelaburan mampan dengan meningkatkan tumpuannya terhadap aset peralihan menerusi peruntukan RM20 bilion.
Pendapatan bersih KWAP melonjak 36 kali ganda kepada RM9.7 bilion pada Tahun Kewangan 2023
Pendapatan bersih Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) melonjak 36 kali ganda kepada RM9.7 bilion bagi Tahun Kewangan 2023.
Saiz dana terkumpul KWAP cecah RM190.3 bilion setakat 31 Dis 2023 - Kementerian Kewangan
Kementerian Kewangan berkata dana terkumpul KWAP yang belum diaudit setakat 31 Dis, 2023, berjumlah RM169.8 bilion.
KWAP mulakan strategi untuk capai pulangan pelaburan 7 peratus menjelang 2025
KWAP akan menumpukan kepada pelaburan swasta iaitu ekuiti swasta, infrastruktur dan hartanah pada masa hadapan dalam merealisasikan sasaran tersebut.
MOF yakin KWAP mampu kembang dana RM200 bilion, tingkat lebih 30 aset harta menjelang 2025
TERAS 5 akan memastikan organisasi itu bersedia untuk mencapai visi baharunya untuk menjadi dana persaraan yang menyokong pembangunan negara dan terus memberi manfaat kepada ahlinya.
Permohonan Najib gantung prosiding kes saman SRC didengar 3 Dis ini
Permohonan itu akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin.
Naikkan gaji jika mansuh skim lantikan tetap, berpencen - Kupekmas
Caruman ini juga perlu kelaskan mengikut kluster perkhidmatan iaitu bagi mereka yang sudah berkhidmat lebih daripada 15 tahun, caruman majikan perlu lebih.
Kes SRC: Tiada arahan percepat proses kelulusan dari bekas PM - Saksi
Title: Tiada arahan Bekas Perdana Menteri percepatkan kelulusan permohonan - Saksi 35
Kes SRC: Peguam Najib, saksi bertikam lidah di mahkamah
Peguam pembelaan, Harvinderjit Singh mengasak saksi Amirul Imran Ahmat berkenaan dokumen yang diberikan kepada panel pelaburan KWAP untuk mendapatkan kelulusan berhubung pinjaman RM1 bilion.
Kes SRC: KWAP tiada pilihan selain luluskan permohonan pinjaman SRC - Saksi
Saksi ke-29, Amirul Imran Ahmat memberitahu Mahkamah Tinggi pada Selasa bahawa panel pelaburan KWAP akan menolak permohonan pinjaman kepada SRC International, jika mempunyai pilihan.