awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
China laksana hukuman mati terhadap empat lagi anggota mafia Myanmar
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sri Aman diisytiharkan kawasan jangkitan rabies

Bernama
Bernama
27/03/2024
15:36 MYT
Sri Aman diisytiharkan kawasan jangkitan rabies
Kata Uggah, sehingga hari jumlah kematian keseluruhan adalah 71 daripada 78 kes rabies pada manusia sejak wabak itu diisytiharkan di Sarawak pada Julai 2017. - Gambar fail/Bernama
KUCHING: Sri Aman menjadi bahagian terbaharu di Sarawak diisytiharkan sebagai kawasan jangkitan rabies selepas Kuching, Samarahan, Serian dan Bintulu, kata Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
Katanya, sehingga hari jumlah kematian keseluruhan adalah 71 daripada 78 kes rabies pada manusia sejak wabak itu diisytiharkan di Sarawak pada Julai 2017.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) itu berkata pengisytiharan itu telah dimaklumkan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Seri Stephen Rundi Utom kelmarin susulan kes positif rabies haiwan baharu dikesan di bahagian itu, baru-baru ini.
"Sebanyak 29 kawasan masih kekal sebagai kawasan jangkitan rabies walaupun tiada haiwan positif rabies dikesan di kawasan tersebut pada tahun ini.
" Pengisytiharan ini adalah perlu bagi memastikan lebih banyak usaha membasmi rabies di bahagian terjejas oleh agensi berkaitan,"katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sempena Majlis Penutupan Bengkel Pemantapan Pelan Tindakan Kawalan dan Pembasmian Rabies 2024-2025 anjuran Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) di sini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jumlah kematian
#jangkitan rabies
#JPBNS
#agensi berkaitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan