[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
GADGETS

SSD hilang selepas kemas kini Windows 11, Phison beri penjelasan

Amanz 09/09/2025 | 05:15 MYT
Isu kehilangan SSD selepas kemas kini Windows 11 berpunca daripada penggunaan perisian tegar ujian yang tidak serasi. -Gambar fail/Amanz
PADA bulan lepas, kami telah melaporkan bahawa terdapat isu dengan sejumlah pengguna yang telah mengemas kini sistem operasi Windows 11 mereka dengan kemas kini terbaru, di mana ia telah menyebabkan storan SSD mereka hilang daripada disenaraikan dalam komputer.


Ringkasan AI
  • Isu kehilangan SSD selepas kemas kini Windows 11 berpunca daripada penggunaan perisian tegar ujian yang tidak serasi.
  • Jurutera Phison mengesahkan masalah hanya berlaku pada SSD tertentu dan telah diperbaiki dengan perisian tegar rasmi.
  • Pengguna disarankan segera mengemas kini perisian tegar SSD ke versi terkini untuk mengelakkan masalah berulang.


Kini, terdapat laporan terbaru berkenaan isu ini telah mengenal pasti sebab sebenar mengapa ia berlaku.

Perlu diingatkan bahawa isu ini dilihat berlaku hanya kepada SSD-SSD tertentu sahaja, dan ia telah dikenal pasti bahawa sebabnya adalah kerana perisian tegar (firmware) ujian yang digunakan bersama-sama kemas kini Windows 11 tersebut.

Perkara ini dilaporkan juga telah disahkan oleh pihak penguji dan juga jurutera-jurutera di Phison yang mengatakan bahawa semua ujian berkaitan isu ini berkait dengan penggunaan perisian tegar ujian tersebut, dan telah diperbaiki setelah menggunakan perisian tegar rasmi.

Langkah seterusnya, khusus untuk mereka yang menggunakan SSD yang tersenarai di sini sebagai contoh ialah untuk mengemas kini perisian tegar storan ke versi yang terbaru secepat yang mungkin.

Kadang-kala, apabila pengguna memuat-turun dan memasang kemas kini terbaru pada komputer mereka, akan berlaku insiden apabila mereka akan memuat turun kemas kini ujian, dan untuk perisian tegar, khususnya untuk komponen seperti storan, ia agak sukar untuk mengenal pasti sumber masalah apabila isu-isu seperti ini berlaku. -Amanz







#Phison #SSD #Windows 11 #perisian tegar ujian