MALAYSIA
SSPA Fasa 2: Prestasi jadi penentu, senioriti bukan lagi jaminan ganjaran - KPPA
Wan Ahmad Dahlan berkata kriteria penilaian di bawah fasa baharu itu akan memberikan keutamaan tinggi kepada kualiti perkhidmatan, kepantasan proses, serta elemen inovasi dalam tugasan harian. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Penjawat awam kini perlu beralih ke arah budaya kerja lebih dinamik apabila pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Fasa 2 meletakkan pencapaian keberhasilan sebagai kayu pengukur utama pemberian ganjaran dan pengiktirafan.
Ringkasan AI
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata kriteria penilaian di bawah fasa baharu itu akan memberikan keutamaan tinggi kepada kualiti perkhidmatan, kepantasan proses, serta elemen inovasi dalam tugasan harian.
"Ganjaran dan pengiktirafan kini dikaitkan terus dengan keberhasilan kerja. Kriteria pengiktirafan tidak lagi sekadar bergantung kepada elemen kehadiran bertugas atau tempoh kekananan (senioriti) semata-mata," katanya kepada Bernama dalam temu bual di sini hari ini.
Wan Ahmad Dahlan berkata langkah itu juga dilihat sebagai strategi kerajaan untuk memupuk budaya kerja lebih responsif dan produktif, sekali gus memastikan setiap sen wang rakyat dibalas dengan perkhidmatan yang cekap.
"Ini penting bagi membina perkhidmatan awam yang berorientasikan keberhasilan, setiap penjawat awam didorong untuk lebih inovatif dan pantas dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat," katanya.
Beliau berkata pelaksanaan SSPA Fasa 2 yang telah bermula secara berfasa akan memperkukuh sistem penyampaian awam, selari dengan matlamat Kerajaan MADANI dalam menambah baik sistem ganjaran pegawai awam, beralih daripada orientasi skim dan prosedur kepada ganjaran berpaksikan nilai, prestasi serta tanggungjawab.
Wan Ahmad Dahlan berkata SSPA Fasa 2 juga akan menjadi instrumen strategik kerajaan untuk menarik dan mengekalkan bakat berkualiti tinggi, sekali gus merapatkan jurang kompetitif antara sektor awam dan pasaran luar.
Beliau berkata struktur ganjaran yang lebih kompetitif di bawah fasa itu memberikan fokus khusus kepada bidang-bidang kritikal yang menjadi nadi pembangunan negara, khususnya dalam bidang seperti digital, data, kesihatan, pendidikan dan keselamatan.
"Penetapan struktur ganjaran yang lebih kompetitif, disokong oleh peluang pembangunan berterusan, akan menjadikan perkhidmatan awam lebih setara dengan pasaran luar.
"Secara keseluruhan, SSPA Fasa 2 berfungsi sebagai instrumen utama Kerajaan MADANI untuk meningkatkan tahap integriti, kecekapan dan daya saing perkhidmatan awam ke arah pencapaian aspirasi pembangunan kemakmuran ekonomi dan kesejahteraan rakyat," katanya.
Wan Ahmad Dahlan berkata kajian SSPA Fasa 2 yang bermula Januari lepas dengan misi utama mengurangkan tanggungan fiskal kerajaan bagi faedah persaraan, selain melonjakkan produktiviti penjawat awam melalui pembudayaan nilai, adaptasi teknologi digital serta integriti.
Beliau berkata SSPA Fasa 2 merupakan kesinambungan komprehensif daripada SSPA Fasa 1 yang telah mula memperkasakan modal insan melalui penguatkuasaan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024 pada 1 Dis lepas.
Beliau berkata kajian Fasa 2 turut melibatkan semakan semula dasar sedia ada serta perluasan inisiatif daripada fasa terdahulu dan antara pembaharuan penting yang sedang diteliti termasuk Kajian Kebolehlaksanaan Laluan Khas Pelantikan ke Kumpulan Perkhidmatan Lebih Tinggi serta Kajian Semula Dasar Latihan dan Dasar Pembangunan Sumber Manusia Sektor Awam.
Wan Ahmad Dahlan berkata pandangan daripada semua peringkat menjadi teras utama pembangunan SSPA dan input itu dikumpul secara menyeluruh melalui sesi libat urus pada peringkat Persekutuan dan negeri, termasuk melalui platform Majlis Bersama Kebangsaan dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam.
"Siri pertemuan ini masih diteruskan sehingga kini bagi menjamin pelaksanaan dasar yang lebih lancar dan teratur," katanya.
Secara keseluruhan, Wan Ahmad Dahlan berkata SSPA dirangka sebagai pemangkin perubahan budaya kerja yang merangkumi tiga skop utama, iaitu pembangunan organisasi, kemampanan saraan dan pengurusan bakat.
"Reformasi berasaskan elemen kompetensi, keutamaan nilai-nilai murni dan prestasi ini dijangka dapat menyuntik semangat baharu dalam budaya kerja pegawai awam untuk memacu perkhidmatan awam menjadi lebih efisien, berinovatif dan responsif terhadap kehendak rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- SSPA Fasa 2 menekankan kepentingan kualiti perkhidmatan, kepantasan proses, dan inovasi dalam penilaian ganjaran penjawat awam.
- SSPA Fasa 2 bertujuan memupuk budaya kerja responsif dan produktif, memastikan setiap sen wang rakyat dibalas dengan perkhidmatan yang cekap.
- SSPA Fasa 2 merupakan strategi untuk menarik bakat berkualiti tinggi, meningkatkan daya saing perkhidmatan awam, serta meningkatkan tahap integriti dan kecekapan.