MALAYSIA

SST berkuat kuasa 1 Sept - PM

Astro Awani 30/05/2018 | 05:06 MYT
SST akan berkuat kuasa pada 1 September depan, kata Dr Mahathir. -Foto ASTRO AWANI / Shahir Omar
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan bermula berkuat kuasa pada 1 September ini, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bagaimanapun, beliau tidak mengumumkan jumlah peratusan cukai SST yang akan dikenakan.
Sebelum ini, Dr Mahathir memaklumkan bahawa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ditukar kepada sifar peratus bermula 1 Jun ini.
Ini dilihat sebagai tempoh tanpa cukai bagi mengimbangi harga barangan.
Ini rakaman penuh sidang media Perdana Menteri.
BERITA LANJUT MENYUSUL
#Cukai Jualan dan Perkhidmatan #GST #Mahathir Mohamad #peratusan cukai #Perdana Menteri #PM #SST