Peniaga dan pengusaha pasar raya masih menunggu makluman pihak pembekal berhubung harga baharu barangan walaupun Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan dilaksanakan mulai Sabtu.
Tinjauan Bernama di sekitar ibu kota mendapati kebanyakan pasar raya dan restoran masih belum membuat sebarang pertukaran harga jualan barangan sehingga mendapat makluman harga baharu daripada pembekal selewat-lewatnya minggu hadapan.
Namun harga barangan yang bakal dikenakan cukai SST sudah berada dalam sistem maklumat pangkalan data perniagaan mereka.
Seorang penyelia di sebuah pasar raya barangan keperluan di Cheras, yang dikenali sebagai Aswad, 24 tahun, berkata sehingga kini pihak syarikat masih mengekalkan harga lama iaitu pada harga sifar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
"Buat masa ini, harga barangan keperluan kami masih mengikut harga invois barangan terdahulu. Memang kami telah dimaklumkan mengenai SST, namun kami masih menunggu makluman lanjut daripada pihak pembekal pada harga baharu minggu hadapan (Isnin).
"Dalam resit pembayaran sekarang pun, memang telah dimasukkan ruangan untuk cukai, cuma tunggu arahan untuk dikemas kini sahaja minggu depan," katanya.
Sementara itu, pekerja pasar raya dikenali sebagai Hanum di Jalan Tunku Abdul Rahman berkata pasar raya itu belum membuat sebarang perubahan harga SST kerana belum mendapat arahan daripada pihak pengurusan.
"Memang sudah tahu mengenai pelaksanaan SST pada Sabtu, tetapi tidak pasti sama ada harga turun atau naik, mungkin malam nanti baru dapat makluman," katanya.
Dalam pada itu, promoter pasar raya, Rohila Mohd Rozan, 41 tahun, berharap dengan pelaksanaan SST kelak tidak akan membebankan pengguna terutama bagi golongan yang berpendapatan rendah.
"(Bila) SST (dilaksanakan) sekiranya harga naik sedikit tidak mengapa tetapi jangan caj pada pelanggan kerana ia akan membebankan mereka...jangan jadi macam GST, harga barangan naik, cukai GST pun kena bayar, dua-dua pengguna perlu tanggung," katanya.
Tambah beliau, setakat hari ini pihaknya masih belum menerima makluman mengenai harga baharu susulan pelaksanaan SST.
"Kalau harga naik kita masih tidak dengar tapi kalau harga turun ada lah, sebab sifar GST yang dikuatkuasakan pada 1 Jun lepas," katanya.
Berkuat kuasa Sabtu (1 Sept) SST akan dilaksanakan bagi menggantikan GST susulan Rang Undang-Undang (RUU) Cukai Jualan 2018 dan RUU Cukai Perkhidmatan 2018 diluluskan Parlimen pada 20 Ogos lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 31 2018

Peniaga dan pengusaha pasar raya masih menunggu makluman pihak pembekal berhubung harga baharu barangan walaupun SST akan dilaksanakan mulai Sabtu.

Longgar Sekatan | Sekolah di UK kembali dibuka Isnin
Tindakan melonggarkan sekatan pergerakan di United Kingdom secara berperingkat dimulakan dengan pembukaan sekolah dan universiti pada Isnin. Perdana Menteri, Boris Johnson bagaimanapun menggesa orang ramai mematuhi prosedur operasi standard dan berjaga-jaga agar sekatan tersebut tidak lagi terbatas selepas ini.

Rasuah beri tentangan inisiatif tangani cabaran iklim
Usaha menangani impak perubahan iklim terus berdepan cabaran terutama berkait rasuah dan salah guna dana bagi inisiatif itu. Pusat Rujukan Anti Rasuah U4 memaklumkan, pada 2018 sahaja, sejumlah AS$546 bilion dana peringkat global diperuntukan bagi memastikan inisiatif itu berjaya dilaksanakan.

MCA minta ahli parti bersiap siaga hadapi PRU15
Resolusi MCA syor dapatkan kembali mandat rakyat ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara yang bebas, demokratik dan adil untuk semua.

Diplomatik | Hubungan Malaysia dan Arab Saudi semakin erat
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meneruskan lawatan rasmi ke Arab Saudi dengan melakukan ziarah di Madinah. Pada 8 Mac beliau akan meneruskan perjalanan ke Riyadh menandakan bermulanya pertemuam rasmi bersama pemimpin tertinggi Arab Saudi. Butiran lanjut bersama wartawan Najib Aroff.

Parlimen | Faktor ramai orang tua hanya alasan - Tun M
Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kenyataan yang dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang menyatakan, Parlimen tidak boleh bersidang dalam tempoh terdekat kerana ramai Ahli Parlimen dalam kumpulan berisiko, adalah alasan semata-samata.

RMK-12 | Dibentang sebaik Parlimen bersidang - Mustapa
Draf Rancangan Malaysia Ke 12 (RMK12) sudah siap sepenuhnya dan akan dibentangkan sebaik Parlimen bersidang kelak. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, draf berkenaan akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

COVID-19 | Kerajaan laksana PKPD di Kampung Tringgus, Kuching
Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Tringgus, Bau, bahagian Kuching, Sarawak bermula 12:01 malam ini, sehingga 21 Mac 2021.

Dua lelaki ditahan miliki senapang angin buatan sendiri
Superintendan Baharudin Abdullah berkata, tangkapan dua suspek berkenaan dilakukan kira-kira 4.20 petang, Rabu lalu.

Politik | UMNO akan jatuh jika 'berpisah' dengan Bersatu - Tun M
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kerajaan sedia ada tidak mampu kekal, sekiranya UMNO membuat keputusan untuk memutuskan kerjasama dengan Bersatu. Menurutnya, kedua-dua parti itu memerlukan antara satu sama lain kerana kerjasama membabitkan beberapa parti yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional ketika ini berada pada keadaan goyah selepas tindakan beberapa Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan terhadap Perdana Menteri.

COVID-19: 1,683 jangkitan baharu, 24 kes dikesan di Perlis
Sejumlah 1,683 kes baharu COVID-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lalu. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam hantaran di akaun Twitter peribadinya memaklumkan, negeri Selangor terus mencatatkan kes tertinggi dengan 746 jangkitan baharu.

Peminat sebak lihat Marsha jaga ibu mentua solat depan pintu Kaabah
Beruntung Marsha dapat kucup Hajarul Aswad.

SST: Peniaga, pengusaha dapat makluman harga baharu Isnin
SST dilaksanakan bagi menggantikan GST susulan Rang Undang-Undang (RUU) Cukai Jualan 2018 dan RUU Cukai Perkhidmatan 2018.

Pegawai SB matikan peranti penjejakan apabila tembakan dilepaskan
Pegawai Cawangan Khas (SB) Bukit Aman memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau mematikan peranti penjejakannya apabila tembakan dilepaskan.

Ragbi: Rempuhan kental Aswad
Anwarrul Aswad terus bergiat aktif dalam sukan ragbi di samping tuntutan sebagai seorang pelajar di Universiti Putra Malaysia (UPM).