MALAYSIA
Standard minimum kelajuan internet di sekolah dibincang bersama KPM - Teo
Teo Nie Ching berkata perkara itu sedang diteliti berdasarkan standard kualiti perkhidmatan sedia ada di bawah Mandatory Standards for Quality of Service (MSQoS). - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersedia untuk mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pendidikan (KPM) bagi menetapkan standard minimum kelajuan Internet di semua sekolah, termasuk di luar bandar bagi memastikan kelancaran Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).
Ringkasan AI
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata perkara itu sedang diteliti berdasarkan standard kualiti perkhidmatan sedia ada di bawah Mandatory Standards for Quality of Service (MSQoS).
"Antara standard yang ditetapkan ialah purata kelengahan rangkaian tidak melebihi 100 milisaat (ms), purata kelajuan muat turun tidak kurang daripada 7.7 megabit per saat (Mbps) berkuat kuasa pada 1 April 2024 dan meningkat kepada 10 Mbps bermula pada 1 Jan 2025.
"Selain itu, kadar kehilangan pakej tidak melebihi 0.5 peratus, tahap kebolehaksesan perkhidmatan tidak kurang daripada 90 peratus, purata tempoh memuat turun laman sesawang tidak melebihi lima saat, serta masa mula main bagi penstriman video tidak melebihi enam saat," katanya ketika menjawab soalan Senator Azahar Hassan di Dewan Negara hari ini.
Azahar ingin tahu sama ada kerajaan bercadang memperkenalkan standard minimum kelajuan Internet di semua sekolah bagi memastikan PdP berjalan lancar.
Teo turut memaklumkan projek peningkatan liputan Internet dan Wi-Fi di 17 Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) telah siap pada suku ketiga tahun ini termasuk di Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) serta Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Kerajaan juga katanya, telah mencapai kadar liputan Internet di kawasan berpenduduk sebanyak 98.82 peratus setakat 31 Julai lepas menerusi pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).
"Capaian gentian optik telah tersedia di 4.47 juta premis, dengan 839 lokasi mendapat akses kepada Internet melalui teknologi satelit dan jalur lebar tanpa wayar (SSB-WBB). MCMC juga sedang merangka penyelesaian tambahan melalui JENDELA Fasa 2 bagi memperluas capaian ke kawasan luar bandar," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kementerian Komunikasi melalui MCMC bersedia berbincang dengan KPM untuk menetapkan standard minimum kelajuan Internet di semua sekolah, termasuk luar bandar, bagi memastikan kelancaran PdP, berdasarkan piawaian MSQoS yang ditetapkan.
- Standard tersebut merangkumi kelajuan muat turun minimum 7.7 Mbps (meningkat kepada 10 Mbps pada 1 Jan 2025), kelengahan rangkaian tidak melebihi 100ms, kadar kehilangan pakej tidak melebihi 0.5%, dan masa mula main video tidak melebihi enam saat.
- Projek peningkatan liputan Internet di 17 IPTA telah siap, dan capaian Internet di kawasan berpenduduk kini mencecah 98.82 peratus melalui pelaksanaan JENDELA, dengan perancangan Fasa 2 untuk memperluas capaian ke kawasan luar bandar.