GADGETS
Starlink bakal revolusi internet dalam penerbangan IAG, tawar akses percuma kepada penumpang
British Airways sasarkan pengalaman internet pantas dan stabil di ketinggian 38,000 kaki menggunakan teknologi Starlink dengan rangkaian satelit orbit rendah (LEO). -Foto fail/EPA
INTERNATIONAL Airlines Group (IAG), pemilik kepada syarikat penerbangan British Airways, Aer Lingus, Iberia, LEVEL dan Vueling, mengumumkan bahawa lebih 500 pesawat dalam kumpulan itu akan dilengkapi dengan perkhidmatan internet satelit Starlink mulai awal 2026.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Langkah ini merupakan sebahagian daripada pelan transformasi £7 bilion British Airways bagi meningkatkan pengalaman pelanggan dan imej jenama.
Perkhidmatan internet berkelajuan tinggi itu akan ditawarkan secara percuma kepada semua penumpang tanpa mengira kelas tiket, dengan kelajuan muat turun sehingga 450 Mbps dan muat naik sehingga 70 Mbps.
British Airways menyasarkan untuk menawarkan pengalaman internet yang pantas dan stabil seperti di rumah, walaupun berada pada ketinggian 38,000 kaki.
Teknologi Starlink menggunakan rangkaian satelit orbit rendah (LEO) yang membolehkan sambungan tanpa gangguan dari pintu ke pintu.
Dengan pengumuman ini, IAG menyertai senarai syarikat penerbangan lain seperti Alaska Airlines, Hawaiian Airlines, Qatar Airways, airBaltic, United Airlines dan Air France yang telah menggunakan perkhidmatan Starlink untuk meningkatkan kesalinghubungan dalam penerbangan.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- IAG, pemilik British Airways dan syarikat penerbangan lain, akan lengkapi lebih 500 pesawat dengan perkhidmatan internet satelit Starlink mulai 2026.
- Langkah ini sebahagian daripada transformasi 7 bilion pound British Airways untuk meningkatkan pengalaman pelanggan dan imej jenama dengan tawaran internet percuma berkelajuan tinggi.
- British Airways sasarkan pengalaman internet pantas dan stabil di ketinggian 38,000 kaki menggunakan teknologi Starlink dengan rangkaian satelit orbit rendah (LEO).
Langkah ini merupakan sebahagian daripada pelan transformasi £7 bilion British Airways bagi meningkatkan pengalaman pelanggan dan imej jenama.
Perkhidmatan internet berkelajuan tinggi itu akan ditawarkan secara percuma kepada semua penumpang tanpa mengira kelas tiket, dengan kelajuan muat turun sehingga 450 Mbps dan muat naik sehingga 70 Mbps.
British Airways menyasarkan untuk menawarkan pengalaman internet yang pantas dan stabil seperti di rumah, walaupun berada pada ketinggian 38,000 kaki.
Teknologi Starlink menggunakan rangkaian satelit orbit rendah (LEO) yang membolehkan sambungan tanpa gangguan dari pintu ke pintu.
Dengan pengumuman ini, IAG menyertai senarai syarikat penerbangan lain seperti Alaska Airlines, Hawaiian Airlines, Qatar Airways, airBaltic, United Airlines dan Air France yang telah menggunakan perkhidmatan Starlink untuk meningkatkan kesalinghubungan dalam penerbangan.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah yang dimaksudkan dengan pengumuman yang dibuat oleh International Airlines Group (IAG) berkaitan perkhidmatan internet Starlink?
A: Lebih 500 pesawat dalam kumpulan IAG akan dilengkapi dengan perkhidmatan internet satelit Starlink mulai awal 2026. - Q: Apakah kelebihan perkhidmatan internet Starlink yang ditawarkan kepada penumpang British Airways?
A: Perkhidmatan internet berkelajuan tinggi itu akan ditawarkan secara percuma kepada semua penumpang tanpa mengira kelas tiket, dengan kelajuan muat turun sehingga 450 Mbps dan muat naik sehingga 70 Mbps. - Q: Mengapakah British Airways memilih teknologi Starlink untuk meningkatkan pengalaman pelanggan?
A: British Airways ingin menawarkan pengalaman internet yang pantas dan stabil seperti di rumah kepada penumpang, walaupun berada pada ketinggian 38,000 kaki, dengan menggunakan rangkaian satelit orbit rendah (LEO) yang membolehkan sambungan tanpa gangguan dari pintu ke pintu.