MALAYSIA
Statistik jenayah di Serdang meningkat
Statistik jenayah di daerah Serdang merekodkan peningkatan sebanyak 99 kes sepanjang tahun ini dengan rekod 711 jumlah kes pada 2024 berbanding 810 pada 2025.
SERDANG: Statistik jenayah di daerah Serdang merekodkan peningkatan sebanyak 99 kes sepanjang tahun ini dengan rekod 711 jumlah kes pada 2024 berbanding 810 pada 2025.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad, memaklumkan bahawa kes kecurian kabel dikenal pasti sebagai penyumbang utama kepada peningkatan jenayah di kawasan berkenaan.
Menurut beliau, terdapat pelbagai faktor yang mendorong kepada kenaikan kadar jenayah tahun ini, namun pihak polis berjaya memastikan kadar pertuduhan kes di mahkamah kekal pada tahap memuaskan.
“Pada tahun sebelumnya, sebanyak 583 kes direkodkan dan kami berjaya mengekalkan peratusan pertuduhan mengikut sasaran yang ditetapkan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelupusan Barang Kes di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, pada Selasa.
Dalam majlis sama, Farid turut menyempurnakan pelupusan barang kes bernilai kira-kira RM3.5 juta yang dirampas sepanjang tahun ini.
Antara barang yang dilupuskan termasuk 283,872 kotak rokok, 53,691 tin dan botol minuman keras, 178 peralatan perjudian, 353 mesin Bitcoin serta pelbagai barangan lain.
Beliau berkata, keseluruhan barang kes tersebut membabitkan sebanyak 673 kertas siasatan.