Statistik melonjak, Malaysia rekod 2,875 kes baharu COVID-19, Kelantan paling tinggi

Astro Awani
April 22, 2021 09:37 MYT
Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah itu 2,846 merupakan penularan tempatan manakala 29 lagi merupakan kes import. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Statistik COVID-19 di negara ini terus melonjak dengan 2,875 kes baharu direkodkan pada Khamis menjadikan jumlah keseluruhan kini 384,688 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah itu 2,846 merupakan penularan tempatan manakala 29 lagi merupakan kes import.
Beliau juga memaklumkan, Kelantan mencatatkan jumlah paling tinggi dengan 662 kes, diikuti Selangor (633), Sarawak (474) dan Kuala Lumpur (332).
Hanya Perlis tidak mencatatkan sebarang kes baharu, katanya.
Sebanyak 2,541 kes sembuh direkodkan menjadikan jumlah kumulatif sembuh adalah sebanyak 361,267 kes.
Tujuh kematian baharu dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan 1,407 kes, manakala 248 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 115 menerima bantuan alat pernafasan.

COVID-19: 22 April 2021 J kes sembuh:2,541 J kumulatif:361,267 (93.9%) J kes baru:2,875 J kumulatif:384,688 J kes aktif:22,014 Kes local: 2,846 (2,644WN, 202BWN) Kes import: 29 (1WN, 28BWN) J kematian: 7 (6WN) J kumulatif:1,407(0.37%) J kes di ICU:248 Pesakit Intubated:115 pic.twitter.com/zjfKP30xNf

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) April 22, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#COVID-19 #kes baharu #KKM #Noor Hisham Abdullah #Kelantan #Kementerian Kesihatan #kes positif #baharu #melonjak