awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Status vaksinasi bertukar jika tidak ambil dos penggalak - KJ

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
07/02/2022
10:51 MYT
Status vaksinasi bertukar jika tidak ambil dos penggalak - KJ
Khairy berkata, individu terbabit tidak layak untuk menerima kemudahan yang diberikan kepada penerima dos lengkap vaksin COVID-19, serta berdepan dengan beberapa sekatan. - Gambar/ Bernama
PUTRAJAYA: Status vaksinasi individu yang sebelum ini telah menerima dos lengkap vaksin Sinovac serta mereka yang berusia 60 tahun ke atas akan bertukar menjadi tidak lengkap, sekiranya tidak mendapatkan suntikan dos penggalak sebelum 1 Mac depan.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, berikutan itu individu terbabit tidak layak untuk menerima kemudahan yang diberikan kepada penerima dos lengkap vaksin COVID-19, serta berdepan dengan beberapa sekatan.
Menurutnya, sehingga kini, terdapat lebih kurang 32 peratus atau sejuta juta warga emas yang masih belum mengambil dos penggalak.
"Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan (KKM) meminta supaya individu yang berumur 60 tahun dan ke atas segera mendapatkan dos penggalak dan mereka boleh datang secara secara walk-in di mana-mana Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berhampiran.
"KKM ingin memaklumkan sekali lagi, semua penduduk berusia 60 tahun dan ke atas atau penerima dos lengkap vaksin Sinovac berusia 18 tahun dan ke atas perlu mengambil suntikan dos penggalak bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap sebelum 1 Mac 2022," katanya pada sidang media di sini, pada Isnin.
BERITA LANJUT MENYUSUL
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Khairy Jamaluddin
#dos penggalak
#Sinovac
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan