KUCHING :Sarawak bakal merealisasikan impiannya untuk memiliki Stesen Pengisian Hidrogen Bersepadu dibawah jenama syarikat petroleumnya sendiri, PETROS.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) Energy, Robert Hardin, stesen pertama PETROS ini akan dibina di kawasan Darul Hana, Kuching.
“Sasaran kita bermula dengan pengangkutan awam dan kenderaan berat.
“Ini kerana kita ingin memenuhi keperluan sektor pengangkutan hijau di negeri ini selain memberi manfaat besar ke atas penggunaannya.
“Sekiranya anda bandingan penggunaan hidrogen dan batteri kenderaan hybrid, beratnya lebih ringan berbanding kenderaan biasa,” ujarnya dalam perkongsian eksklusif bersama Astro AWANI.
Jelasnya lagi, usaha ini antara lain bagi menyokong usaha Sarawak mengurangkan pelepasan karbon dioksida berlebihan yang sekali gus menjadi penyumbang kepada pencemaran udara.
“Ekonomi hidrogen Sarawak ini bukan yang pertama di Malaysia tetapi adalah yang pertama di rantau Asia Tenggara.
“Seperti yang kita lihat di Jepun, mereka memerlukan tenaga hidrogen serta tenaga hijau dalam kuantiti yang besar untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida ke udara.
“Saya percaya kita berada pada landasan yang tepat untuk mengeluarkan tenaga hidrogen tersendiri dengan kos kompetitif.
“Ini seterusnya membolehkan Sarawak mengeksport sumber tenaga ini ke pasaran global,” tambah Robert.
Inisiatif ini ujarnya lagi mampu memacu Sarawak dalam usaha pengekalan kemampanan biodiversitinya dan mengatasi sumber bahan api fosil yang terhad.
Memberi gambaran terhadap rupa stesen itu nanti, kata Robert ia akan dilengkapi tiga fungsi utama iaitu pam minyak, tempat pengisian hidrogen serta kemudahan khas bagi mengecas kenderaan hibrid.
Dalam pada itu, beliau memberitahu stesen itu dijangka mula beroperasi menjelang hujung tahun 2021 dan melibatkan kerjasama Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) dan Petroleum Sarawak Berhad, PETROS.
Majlis pecah tanah bagi stesesn berkenaan akan disempurnakan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada Selasa depan.
Beliau berkata demikian dalam perkongsian eksklusif bersama Astro AWANI baru-baru ini.
Nickyson Nyambar
Tue Oct 20 2020
Ilustrasi grafik Stesen Pengisian Hidrogen Bersepadu Sarawak, PETROS yang pertama apabila siap nanti. -Gambar SEDC Energy
Kes saman fitnah: Na'im akan fail penghakiman ingkar terhadap Papagomo
Mohd Na'im akan memfailkan permohonan untuk memasukkan penghakiman ingkar terhadap blogger Papagomo dalam kes saman fitnah.
Kedah realisasi RM11.6 bilion pelaburan pada 2023
Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (nNCIA) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kedah merealisasikan pelaburan sebanyak RM11.6 bilion dan mewujudkan lebih 3,400 peluang pekerjaan pada 2023.
Jepun naikkan kadar faedah selepas 17 tahun
Bank of Japan mengakhiri kadar faedah negatif, program pelonggaran monetari paling agresif di dunia, hari ini. Dasar yang bermula sejak 2013 itu bertujuan melonjakkan pertumbuhan ekonomi dan inflasi selepas aktiviti dan harga tidak berubah dalam ekonomi keempat dunia itu.
Harga minyak sawit mentah tertinggi dalam tempoh 12 bulan
Harga minyak sawit mentah (MSM) melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh 12 bulan pada 15 Mac lalu dengan hampir 10 peratus melebihi harga penutup pada Februari.
Northport pecah rekod pengendalian kargo dari satu kapal
Northport (Malaysia) Bhd (Northport), ahli kumpulan MMC mencatat rekod baharu apabila mencapai 448,853 'freight weight tonnes' (FWT) kendalian kargo keluli tertinggi dari sebuah kapal.
Eksport barangan & perkhidmatan diunjur 5.4 peratus
Eksport barangan dan perkhidmatan Malaysia bersedia untuk kembali pulih tahun ini dengan unjuran kadar pertumbuhan 5.4 peratus.
MATRADE kembangkan pejabat perdagangan di Paris
MATRADE mengembangkan pejabat Pesuruhjaya Perdagangan di Paris untuk meningkatkan hubungan perdagangan antara Malaysia dan Perancis, Sepanyol, Portugal dan Monaco.
Pelaksanaan langkah koordinasi, riggit nombor satu serantau
Ringgit berada pada kedudukan pertama berbanding sembilan negara serantau lain selepas langkah-langkah koordinasi antara kerajaan, Bank Negara Malaysia (BNM) serta syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dilaksanakan Februari lalu.
Kebuluran di Gaza dijangka tidak dapat dielakkan - WHO
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata analisis terkini daripada Integrated Food Security Phase Classification (IPC) mencerminkan keadaan yang meruncing dihadapi penduduk Gaza.
Kerajaan tiada rancangan tambat ringgit
Kerajaan tidak merancang untuk menambat ringgit pada masa ini. Menurut Menteri Kewangan Dua, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, melihat kepada penambatan ringgit dibuat sekitar tahun 1998, keadaan ekonomi ketika itu berbeza berbanding sekarang.
Bertahun lama menanti, mesin ATM akhirnya sampai di Gedong
Isu ketiadaan mesin ATM di kawasan itu hangat diperkatakan apabila penduduk terpaksa menempuh perjalanan jauh demi khidmat perbankan ini.
RM18 bilion diperuntuk bagi projek bekalan air seluruh Sarawak
Peruntukkan ini dilaksana di bawah Rancangan Malaysia ke-12 sebagai langkah proaktif Sarawak dalam menyelesaikan masalah bekalan air.
Menawan! Tikar kelasah komuniti Bidayuh terima Anugerah Kraf Cemerlang
Bertemakan Glow Tree of Life, tikar ini dihasilkan oleh Abot Gudang dengan kerjasama komuniti Bidayuh di Serikin, Sarawak.
"Saya cari tin untuk sara hidup, ada yang kasihan, mereka akan bantu..."
Penyakit dihidapi membuatkan Aunty Ngu tidak kuat mencari rezeki sehingga memaksanya untuk bergantung harap dengan ihsan orang ramai.
Sarawak Memilih: Tindakan keluar parti tamparan buat PSB
Tindakan keluar parti 200 ahli PSB Ngemah, Sibu dilihat sebagai tamparan hebat buat PSB meneliti semula kepimpinan di akar umbi.
Menara Panggau Dayak selia adat budaya masyarakat Dayak
Dua menara akan dibina untuk memacu pertumbuhan ekonomi masyarakat Dayak di Sarawak
Stesen Hidrogen Bersepadu, PETROS bakal direalisasikan
Stesen Hidrogen Bersepadu, PETROS dilengkapi pam minyak, tempat pengisian gas hidrogen serta kemudahan mengecas kenderaan hybrid, seiring usaha ke arah teknologi hijau.
COVID-19: Sarawak giat laksana saringan dalam kalangan PATI
Tindakan ini susulan daripada kes positif COVID-19 melibatkan dua warga Indonesia seperti yang dilaporkan oleh JPBN pada Khamis.
JPBN Sarawak dalam usaha tingkatkan kapasiti ujian saringan COVID-19
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak kini dalam usaha meningkatkan kapasiti ujian saringan COVID-19 dan pasukan pengesanan kontak rapat.
COVID-19: Satu kes import di Sarawak, dua kluster kekal aktif
Satu kes yang dilaporkan pada hari ini dicatatkan di Kota Samarahan. Kes tiba dari Kota Kinabalu, Sabah.