Stesen LRT Kelana Jaya dan Stesen Ampang Park ditutup sementara

Astro Awani
November 8, 2022 09:57 MYT
Bagi pengguna pengangkutan ini. Rapid KL menyediakan maklumat terkni di platform media sosial Rapid KL pada masa ke semasa. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya dan Stesen LRT Ampang Park kini telah ditutup kepada pengguna sehubungan masalah siistem pemanduan automatik di stesen LRT Ampang Park.
Gangguan teknikal antara stesen KLCC dan Kelana Jaya itu sekali gus menyebabkan ramai pengguna LRT terkandas di stesen masing-masing.
Syarikat Rapid Rail Sdn Bhd, memaklumkan masalah yang bermula pada 8.39 malam Isnin telah menyebabkan perkhidmatan tergendala di antara Stesen Kelana Jaya dengan Stesen KLCC.
Kenyataan itu turut menyebut, selaku pengendali kepada perkhidmatan LRT, Trransit Aliran Massa (MRT) dan Monorel, jurutera sedang berusaha mengenal pasti masalah itu.

Kemaskini Laluan LRT Kelana Jaya: Stesen LRT Kelana Jaya sehingga Stesen LRT Ampang Park kini telah DITUTUP kepada pengguna. Penumpang diminta menggunakan perkhidmatan bas perantara percuma atau mengambil mod pengangkutan alternatif lain. Mohon maaf atas kesulitan.

— Ask Rapid KL (@AskRapidKL) November 8, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

8 November 2022: Selamat petang. Kemaskini kekerapan waktu puncak (5.00 petang hingga 7.30 malam). Laluan Kelana Jaya: Gangguan perkhidmatan Laluan Ampang/Sri Petaling: 3 minit *DPP/6 minit Bukan DPP Laluan Monorel: 7 minit Laluan Kajang: 6 minit Laluan Putrajaya: 4 minit

— Ask Rapid KL (@AskRapidKL) November 8, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kemaskini Laluan LRT Kelana Jaya: Perkhidmatan bas perantara percuma disediakan untuk membawa penumpang dari stesen-stesen berikut: LRT Lembah Subang ke LRT Pasar Seni 1) WUX5708 2) WVA2977 3) WNV6530 4) WUY4091 5) W6961T 6) WVD2353

— Ask Rapid KL (@AskRapidKL) November 8, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kemaskini LRT Laluan Kelana Jaya: Bas perantara percuma disediakan di Stesen Lembah Subang Stesen Pasar Seni dan Stesen Masjid Jamek Stesen Damai. Sila rujuk LED bas dengan paparan SEWA KHAS. Sila dapatkan bantuan Polis Bantuan dan Pegawai Stesen. pic.twitter.com/1lU1tacwMc

— Ask Rapid KL (@AskRapidKL) November 8, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Penumpang diminta menggunakan perkhidmatan bas perantara percuma atau mengambil mod pengangkutan alternatif lain. Mohon maaf atas kesulitan.
Bagi pengguna pengangkutan ini. Rapid KL menyediakan maklumat terkini di platform media sosial Rapid KL pada masa ke semasa.
#stesen LRT KLCC #Stesen LRT Kelana Jaya #Rapid KL #alami masalah pemanduan