Stesen minyak di Perak dibenar beroperasi 24 jam

Bernama
Mei 6, 2020 20:02 MYT
Semua stesen minyak di Perak dibenar beroperasi 24 jam setiap hari berkuat kuasa serta merta.
Semua stesen minyak di Perak dibenarkan beroperasi 24 jam setiap hari berkuat kuasa serta merta, selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula Isnin lepas.
Kenyataan ringkas itu dimuat naik pada laman Facebook rasmi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.
Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa satu, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengumumkan stesen minyak di negeri itu beroperasi pada waktu terhad iaitu dari 7 pagi hingga 7 malam.
Ia kemudian diselaras bermula 8 pagi hingga 8 malam semasa PKP fasa dua yang bermula pada 1 April.
-- BERNAMA
#beroperasi 24 jam #kerajaan #Menteri Besar #Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak #Perak #perintah kawalan pergerakan bersyarat #PKPB #stesen minyak