IPOH: Sebuah stesen minyak di Tambun dekat sini disyaki terbabit dengan sindiket penyelewengan diesel bersubsidi apabila membenarkan seorang pemandu lori mengisi 3,000 liter bahan bakar itu dalam masa sejam melalui 13 transaksi pembelian di stesen berkenaan semalam.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Neger dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata tindakan itu dikesan susulan rampasan 7,000 liter diesel menerusi Op Tiris 3.0 di sebuah stor di Gopeng dekat sini.
Menurutnya, dalam operasi bermula jam 9 pagi itu, didapati pemilik stesen minyak berkenaan mengaku membuat 13 transaksi pembelian diesel kepada seorang pemandu lori yang ditahan.
"Siasatan lanjut telah dilakukan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.
"Pemilik stesen boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana bersubahat menjual secara berulang yang mana melanggar arahan ditetapkan.
"Tindakan syor pembatalan Lesen CSA Runcit barang kawalan minyak diesel juga boleh dikenakan jika didapati bersalah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya melalui risikan dan pemantauan mendapati penyelewengan dikesan dilakukan dengan modus operandi menggunakan sebuah lori bertutup kanvas yang telah diubah suai tangki asal dan membuat pembelian secara berulang di stesen minyak sekitar Ipoh.
"Pemandu akan mengisi minyak diesel ke dalam tangki asal dan kemudian akan disedut ke dalam tangki Kontena Pukal Pertengahan (IBC) di atas lori.
"Siasatan awal juga mendapati, sindiket ini kemudiannya akan menjual minyak diesel ini kepada pasaran gelap yang disyaki melibatkan beberapa syarikat di sekitar Ipoh pada harga yang lebih tinggi," katanya.
Katanya pihaknya menahan pemandu lori lelaki warga tempatan berusia 215 tahun dan pemilik stor berusia 32 tahun dan merampas diesel, lori, beberapa peralatan seperti tangki IBC, mesin pam, wayar hos dengan nilaain sitaan dianggarkan berjumlah RM 78,933.
Beliau berkata minyak diesel bersubsidi yang dibeli di stesen minyak dengan harga RM2.15 per liter boleh dijual di pasaran gelap pada harga RM3 hingga RM4 per liter mengikut harga pasaran minyak diesel industri.
Katanya kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 25 2024
![Stesen minyak di Tambun disyaki bersubahat sindiket seleweng diesel subsidi Stesen minyak di Tambun disyaki bersubahat sindiket seleweng diesel subsidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716635005_TBDiesel.jpg)
Tindakan itu dikesan susulan rampasan 7,000 liter diesel menerusi Op Tiris 3.0 di sebuah stor di Gopeng. - Gambar hiasan
![Subsidi diesel tidak dihapuskan, kerajaan masih tanggung RM7 bilion subsidi - Anwar Subsidi diesel tidak dihapuskan, kerajaan masih tanggung RM7 bilion subsidi - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718598491_AnwarIbrahim.jpg)
Subsidi diesel tidak dihapuskan, kerajaan masih tanggung RM7 bilion subsidi - Anwar
Kerajaan masih menanggung sekitar RM7 bilion subsidi berkaitan diesel di Semenanjung Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Tiba masa golongan muda ambil alih tugas tukang sembelih Tiba masa golongan muda ambil alih tugas tukang sembelih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718595652_golonganmuda.jpg)
Tiba masa golongan muda ambil alih tugas tukang sembelih
Tiba masa golongan muda mengambil alih dan mendalami bidang penyembelihan haiwan ternakan daripada orang lama yang berpengalaman.
![Amaran hujan lebat, ribut petir di tujuh negeri Amaran hujan lebat, ribut petir di tujuh negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718597272_MetMalaysia.jpg)
Amaran hujan lebat, ribut petir di tujuh negeri
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri sehingga 12 tengah hari, Isnin.
![Aidiladha disambut meriah seluruh negara, pemimpin utama sertai rakyat tunai solat sunat Aidiladha disambut meriah seluruh negara, pemimpin utama sertai rakyat tunai solat sunat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718595174_AnwarIbrahim.jpg)
Aidiladha disambut meriah seluruh negara, pemimpin utama sertai rakyat tunai solat sunat
Sambutan Hari Raya Aidiladha di seluruh negara hari ini meriah dengan kebanyakan masjid dipenuhi jemaah yang termasuk pemimpin serta ketua-ketua negeri.
![iOS 18 tampil ciri panggilan video kecemasan iOS 18 tampil ciri panggilan video kecemasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718594650_iOS.jpg)
iOS 18 tampil ciri panggilan video kecemasan
Panggilan kecemasan dilakukan menggunakan rangkaian yang disulitkan bagi memastikan privasi.
![Nenek, cucu sesat di Bukit Buluh Telur ditemukan selamat Nenek, cucu sesat di Bukit Buluh Telur ditemukan selamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718594286_NenekCucu.jpg)
Nenek, cucu sesat di Bukit Buluh Telur ditemukan selamat
Warga emas berusia 62 tahun itu ditemukan bersama cucunya pada jam 9.30 pagi tadi.
![Angka kematian di Gaza meningkat kepada 37,337 orang Angka kematian di Gaza meningkat kepada 37,337 orang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716073132_Israelistrike.jpg)
Angka kematian di Gaza meningkat kepada 37,337 orang
Bilangan mangsa yang cedera di Gaza pula mencecah 85,229 orang selain 10,000 orang masih hilang dipercayai maut di bawah runtuhan bangunan.
![Penghayatan dan amalan haji mengajar mesej kesederhanaan - PM Anwar Penghayatan dan amalan haji mengajar mesej kesederhanaan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718346031_AnwarIbrahim.jpg)
Penghayatan dan amalan haji mengajar mesej kesederhanaan - PM Anwar
Ibadah haji yang disambut mengajar sifat tawaduk dan tidak terpukau dengan tarikan kemewahan dunia yang sementara, kata Perdana Menteri.
![Operasi SAR cari nenek, cucu di Bukit Buluh Telur diteruskan pagi ini Operasi SAR cari nenek, cucu di Bukit Buluh Telur diteruskan pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718592171_BukitBuluhTelur.jpg)
Operasi SAR cari nenek, cucu di Bukit Buluh Telur diteruskan pagi ini
Setakat jam 9 pagi tadi, kedua-dua mangsa masih belum dijumpai.
![Harga runcit telur gred A,B, C diturunkan 3 sen - PM Anwar Harga runcit telur gred A,B, C diturunkan 3 sen - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41615654973_Telur.jpg)
Harga runcit telur gred A,B, C diturunkan 3 sen - PM Anwar
Harga runcit bagi telur ayam gred A, B dan C di pasaran masing-masing 42 sen, 40 sen dan 38 sen sebiji berkuat kuasa hari ini.
![Pintu kaca dilastik, stesen minyak dipecah masuk Pintu kaca dilastik, stesen minyak dipecah masuk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717409264_Pintukacadilastik.jpg)
Pintu kaca dilastik, stesen minyak dipecah masuk
Sebuah stesen minyak dipecah masuk selepas cermin pintu kaca premis tersebut dilastik sehingga pecah dalam kejadian di Pekan Sook di Keningau.
![Stesen minyak di Tambun disyaki bersubahat sindiket seleweng diesel subsidi Stesen minyak di Tambun disyaki bersubahat sindiket seleweng diesel subsidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716635005_TBDiesel.jpg)
Stesen minyak di Tambun disyaki bersubahat sindiket seleweng diesel subsidi
Tindakan itu dikesan susulan rampasan 7,000 liter diesel menerusi Op Tiris 3.0 di sebuah stor di Gopeng.
![KPDN Kelantan tempatkan anggota di stesen minyak sempadan negara KPDN Kelantan tempatkan anggota di stesen minyak sempadan negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710375358_tbAzmanIsmail.jpg)
KPDN Kelantan tempatkan anggota di stesen minyak sempadan negara
Setakat ini, anggota KPDN telah ditempatkan di stesen terpilih di dua daerah iaitu Tumpat dan Pasir Mas sejak 1 Mei lalu.
![Lelaki cedera kereta terbakar semasa isi minyak Lelaki cedera kereta terbakar semasa isi minyak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71701161060_Minyak.jpg)
Lelaki cedera kereta terbakar semasa isi minyak
Seorang lelaki cedera apabila keretanya terbakar selepas meletup semasa sedang mengisi minyak di sebuah stesen minyak petang tadi.
![Pemandu lori ditahan seleweng 1,800 liter diesel Pemandu lori ditahan seleweng 1,800 liter diesel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715740634_lori.jpg)
Pemandu lori ditahan seleweng 1,800 liter diesel
Pemandu lori kanvas yang membawa muatan minyak diesel disyaki tidak memiliki dokumen atau permit kebenaran daripada KPDN.
![JKDM patahkan cubaan seludup keluar diesel lebih RM4,000 ke negara jiran JKDM patahkan cubaan seludup keluar diesel lebih RM4,000 ke negara jiran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715599891_TBIsmailHashim.jpg)
JKDM patahkan cubaan seludup keluar diesel lebih RM4,000 ke negara jiran
JKDM Perlis berjaya mematahkan cubaan menyeludup 2,001 liter minyak diesel dianggarkan bernilai RM4,302.15 ke negara jiran dalam tiga rampasan berasingan pada 24 April lepas.
![Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707904375_TBgavel.jpg)
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
![Barisan panjang di stesen minyak sekitar Tehran Barisan panjang di stesen minyak sekitar Tehran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713062202_Gasstationsiran.jpg)
Barisan panjang di stesen minyak sekitar Tehran
Serangan itu menimbulkan pembelian panik minyak petrol dalam kalangan orang ramai sekiranya harganya melambung tinggi jika berlaku perang.
![Dua beradik antara tiga lelaki didakwa rompak berkumpulan guna tukul besi Dua beradik antara tiga lelaki didakwa rompak berkumpulan guna tukul besi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710414496_MahkamahKualaLumpu.jpg)
Dua beradik antara tiga lelaki didakwa rompak berkumpulan guna tukul besi
Tiga lelaki termasuk dua beradik hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan menggunakan tukul besi.
![Guna dua nozel isi diesel bersubsidi, syarikat, stesen minyak berdepan tindakan Guna dua nozel isi diesel bersubsidi, syarikat, stesen minyak berdepan tindakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710480751_diesel.jpg)
Guna dua nozel isi diesel bersubsidi, syarikat, stesen minyak berdepan tindakan
Seorang pemandu lelaki warga tempatan berumur 40-an tahun juga ditahan untuk siasatan lanjut.